Senarai Pemain Premier League Paling Banyak Terima Kecaman

Bintang sensasi Manchester United, Marcus Rashford telah dinamakan sebagai pemain dari premier league yang paling banyak di ejek dilaman twitter.

Menurut data dari Compare.bet, Marcus Rashford adalah pemain yang paling terkenal dengan postingan kontroversi di laman twitter miliknya.

Pemain kebangsaan England berusia 22 tahun itu banyak memperjuangkan pelbagai isu semasa seperti isu kemiskinan makanan untuk kanak-kanak.

Rashford menggunakan platform yang beliau ada untuk menghentam pihak berwajib dan memperjuangkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk anak muda di U.K.

Compare.net mendapati bahawa nama Marcus Rashford adalah nama pemain yang paling banyak diejek atau dikritik berbanding pemain lain di pentas premier league.

Rashford kerap dikritik dan banyak ciapan negatif berkaitan beliau bermula dari 6 Ogos lalu sehingga ke 15 September yang lalu.

Menurut dari statistik itu, bintang sensasi setan merah itu mempunyai 28.5% ciapan berunsur negatif terhadapnya.

Dibelakang Rashford pula adalah gandingan dari Manchester City, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus dengan masing-masing memiliki 24.7% dan 22% ciapan berunsur negatif berkaitan mereka di laman twitter.

Berikut merupakan senarai 10 pemain yang paling banyak ciapan negatif ditujukan kepada mereka di laman twitter hasil dari data kajian Compare.net.

10 Pemain Premier League Paling Banyak Dikecam Di Twitter:

10. David de Gea (Manchester United)

15.2% ciapan berunsur negatif terhadapnya

9. Thiago Silva (Chelsea)

15.8% ciapan berunsur negatif terhadapnya

8. Virgil van Dijk (Liverpool)

16% ciapan berunsur negatif terhadapnya

7. David Luiz (Arsenal)

18.5% ciapan berunsur negatif terhadapnya

6. Mesut Ozil (Arsenal)

18.9% ciapan berunsur negatif terhadapnya

5. Dele Alli (Tottenham Hotspur)

20.9% ciapan berunsur negatif terhadapnya

4. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

21.4% ciapan berunsur negatif terhadapnya

3. Gabriel Jesus (Manchester City)

22% ciapan berunsur negatif terhadapnya

2. Raheem Sterling (Manchester City)

24.7% ciapan berunsur negatif terhadapnya

1. Marcus Rashford (Manchester United)

28.5% ciapan berunsur negatif terhadapnya

Para peminat kemudian memberi pandangan masing-masing terhadap data yang dikeluarkan oleh Compare.net berkaitan pemain yang paling banyak dikecam di laman twitter.

“Kenapa mesti Marcus Rashford yang mendapat kecaman paling teruk di laman twitter? Sedangkan dia paling banyak membantu orang. Susah nak faham.”

“Kenapa tak ada orang nak kecam Harry Kane? Mungkin orang sekadar benci dia sebab dia terlalu bagus.”

“Pedulikan kecaman dari orang Rashford, kamu lah wira sebenar di dunia ini. Kamu seorang yang hebat dan berhati mulia.”

“Mana Paul Pogba? Harry Maguire? Anthony Martial? Ini tidak betul ni.”

Begitulah antara pendapat yang dilontarkan oleh para peminat selepas melihat senarai yang dikeluarkan oleh Compare.net.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.