Senarai Pemain Bintang Yang Kini Berstatus Free Agent

Penutupan jendela perpindahan pada Isnin lalu menyaksikan beberapa drama menarik dengan perundingan saat akhir yang terjadi antara kelab dan pemain.

Arsenal dan Manchester United antara pasukan yang melakukan perundingan saat akhir sebelum jendela perpindahan ditutup dan berjaya untuk mendapatkan pemain yang mereka mahukan.

Namun, apa yang paling menarik selain dari melihat drama saat akhir sebelum jendela perpindahan ditutup, masih ramai lagi pemain bintang yang berstatus free agent tetapi tidak ditandatangani oleh mana-mana kelab.

Kesemua skuad dari saingan premier league telah membelanjakan £1.24 billion secara keseluruhannya untuk setiap pasukan memperbaiki skuad sedia ada mereka.

Namun banyak juga dana yang dilaburkan oleh kebanyakkan kelab untuk mendapatkan beberapa pemain bintang di benua Eropah yang setakat ini tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Bekas pemain kebangsaan England, Jack Wilshere dan Danny Welbeck meninggalkan West Ham dan Watford berkuat kuasa pada Selasa lalu, sementara Sturridge pula sudah menganggur selama hampir sebulan.

Bekas bintang di pentas premier league, Hatem Ben Arfa telah meninggalkan Real Valladolid ketika akhir musim lalu, manakala Mario Gotze yang menjaringkan gol kemenangan untuk Jerman pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 pula, tidak menyambung kontraknya bersama Dortmund.

Mario Gotze kini telah dikaitkan dengan perpindahan ke PSV Eindhoven selepas beliau sah bergelar pemain free agent.

Berikut merupakan senarai pemain yang kini berstatus free agent dan masih boleh beraksi di pentas bola sepak Eropah.

Senarai Pemain Berstatus Free Agent:

Jack Wilshere (England, kali terakhir beraksi bersama West Ham)

Danny Welbeck (England, kali terakhir beraksi bersama Watford)

Daniel Sturridge (England, kali terakhir beraksi bersama Trabzonspor)

Nathaniel Clyne (England, kali terakhir beraksi bersama Liverpool)

Jon Flanagan (England, kali terakhir beraksi bersama Rangers)

Mario Gotze (Germany, kali terakhir beraksi bersama Borussia Dortmund)

Hatem Ben Arfa (France, kali terakhir beraksi bersama Real Valladolid)

Samir Nasri (France, kali terakhir beraksi bersama Anderlecht)

Gael Clichy (France, kali terakhir beraksi bersama Istanbul Basaksehir)

Yohan Cabaye (France, kali terakhir beraksi bersama Saint-Etienne)

Mario Mandzukic (Croatia, kali terakhir beraksi bersama Al-Duhail)

Alexandre Pato (Brazil, kali terakhir beraksi bersama Sau Paulo)

Ezequiel Garay (Argentina, kali terakhir beraksi bersama Valencia)

Kwadwo Asamoah (Ghana, kali terakhir beraksi bersama Inter Milan)

Fabio Borini (Italy, kali terakhir beraksi bersama Hellas Verona)

Shinji Kagawa (Japan, kali terakhir beraksi bersama Real Zaragoza)

Seydou Doumbia (Ivory Coast, kali terakhir beraksi bersama Sion)

Giannelli Imbula (Congo DR, kali terakhir beraksi bersama Sochi)

Alen Halilovic (Croatia, kali terakhir beraksi bersama AC Milan)

Terlalu banyak bekat hebat dan pengalaman menjulang kejuaraan dalam senarai tersebut.

Kebanyakkan pemain dalam senarai tersebut sudah menghampiri penghujung karier masing-masing, namun mereka masih beraksi di pentas besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain termuda dalam senarai tersebut adalah Halilovic, yang mana beliau kini berusia 24 tahun dan telah melalui karier yang agak suram bersama pasukan besar seperti Barcelona dan AC Milan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.