Barisan kesebelasan terbaik dari saingan liga Juara-juara sepanjang musim ini telah didedahkan semalam.
Tidak mengejutkan apabila melihat para pemain dari pasukan Bayern Munich menguasai senarai kesebelasan tersebut.
Bayern Munich muncul juara saingan liga Juara-juara musim ini pada hari Ahad lalu selepas menewaskan Paris Saint Germain 1-0 di Estadio da Luz, Lisbon.
π΄ 55 goals
π΄ 10 assists
π Champions League
π Bundesliga
π German CupPhenomenal Lewandowski. #UCLfinal pic.twitter.com/YjhA0XOtrj
β #UCLfinal (@ChampionsLeague) August 23, 2020
WhoScored telah mengumpulkan data-data para pemain dalam saingan liga Juara-juara musim ini dan menamakan kesebelasan terbaik kejohanan pada musim ini.
Penilaian pemain dibuat berdasarkan statistik setiap pemain dalam kejohanan musim ini dan lima dari pemain Bayern Munich berada dalam senarai tersebut.
Antaranya adalah pemain bintang muda Bayern, Alphonso Davies, Serge Gnabry dan juga penyerang terbaik Eropah musim ini, Robert Lewandowski.
Finalis liga Juara-juara musim ini turut mempunyai tiga pemain mereka yang terpilih dalam kesebelasan terbaik kejohanan.
Neymar antara pemain PSG yang berada dalam senarai tetapi sayangnya nama Kylian Mbappe tidak termasuk dalam senarai tersebut.
Lionel Messi merupakan satu-satunya pemain Barcelona yang berada dalam senarai walau skuad gergasi Catalan itu tewas teruk di peringkat suku akhir kepada Bayern Munich.
Champions League team of the season [WhoScored] pic.twitter.com/76Wr9dkDNI
β #DoubleTreble ππππππ (@iMiaSanMia) August 25, 2020
Sementara Manchester City juga mempunyai seorang wakil untuk berada dalam kesebelasan terbaik kejohanan musim ini.
Gabriel Jesus menjadi satu-satunya wakil dari saingan liga perdana Inggeris yang disenaraikan dalam kesebelasan terbaik tersebut.
Berikut merupakan sebelas pemain yang dipilih sebagai kesebelasan terbaik kejohanan liga Juara-juara musim ini.
Kesebelasan Terbaik UCL 2019/20:
Penjaga gawang: Keylor Navas (Paris Saint-Germain) β 7.04 rating
Pertahanan kanan: Joshua Kimmich (Bayern Munich) β 7.44 rating
Centre-back: Marquinhos (PSG) β 7.28 rating
Centre-back:Β Dayot UpamecanoΒ (RB Leipzig) β 7.26 rating
Pertahanan kiri: Alphonso Davies (Bayern Munich) β 7.80 rating
Midfield kanan: Lionel Messi (Barcelona) β 8.37 rating
Thiago finished the Champions League campaign with a fine dribble success rate of 81.3%Β [WhoScored] pic.twitter.com/SaM6dGJxOJ
β #DoubleTreble ππππππ (@iMiaSanMia) August 25, 2020
Midfield: Neymar (PSG) β 8.17 rating
Midfield: Thiago Alcantara (Bayern Munich) β 7.76 rating
Midfield kiri: Serge Gnabry (Bayern Munich) β 7.75 rating
Penyerang: Robert Lewandowski (Bayern Munich) β 9.03 rating
Penyerang: Gabriel Jesus (Manchester City) β 7.79 rating
Lewandowski dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan secara keseluruhan dengan ratingnya dinilai 9.03.
Lewandowski turut menganggap musim ini merupakan musim terbaik sepanjang kariernya dengan aksinya yang cukup hebat.
Penyerang berusia 32 tahun itu menjaringkan 55 gol musim ini dan 15 dari jaringannya adalah dari saingan liga Juara-juara.
Selepas tamat perlawanan akhir liga Juara-juara yang lalu, Lewandowski telah memuat naik status di laman Instagram miliknya dan menggesa kepada para peminat supaya βjangan pernah mengalah.β
Shock Premier League star in Bayern dominated Champions League Best XI β article by @BenMcAleer1 via @WhoScored β https://t.co/RbOasxXt6H
β Tony Morrisonπ―π² (@TonycusGannicus) August 24, 2020
βJangan pernah berhenti bermimpi. Jangan menyerah ketika kamu gagal.β
Beliau memulakan kata-katanya.
βKerja keras untuk capai impian kamu. Terima kasih kerana menyokong, kerana percaya dengan kemampuan kami. Kami kini juara benua Eropah!β
Salah seorang pemain lain yang bekerja keras untuk mencapai impiannya adalah Davies yang mana beliau berjaya menjulang Piala Liga Juara-juara hanya selepas lapan aksinya dalam kejohanan tersebut.
βKembali ke Eropah dan memenangi liga Juara-juara bersama kelab yang sungguh hebat seperti Bayern merupakan segalanya yang saya mahukan.β
Jelas Bintang Kanada itu kepada BT Sport.
"Look outβ¦"
Alphonso Davies' interview with @TheDesKelly is perfectly interrupted π€£π€£π€£ #UCLfinal pic.twitter.com/7beqGKqldM
β Football on BT Sport (@btsportfootball) August 23, 2020
βIa menunjukkan pasukan yang ada disamping saya, mereka sentiasa membantu saya ketika saya bermain. Mereka bermain dengan sangat bagus di kejohanan liga Juara-juara dan berpeluang beraksi disini sungguh mengagumkan untuk saya.β
π₯ @AlphonsoDavies
π₯ Juan Bernat
π₯ Joshua Kimmichπ The @FCBayern youngster lands the WhoScored Best Defender award from the 2019/20 Champions League campaign #UCL
β WhoScored.com (@WhoScored) August 24, 2020
βNasihat saya, akan sentiasa ada jalan untuk kamu berjaya sekiranya kamu tetapkan fikiran kamu bahawa segalanya mungkin. Saya berbahagia mempunyai pingat di leher saya ini dan berjaya menjulang Piala teragung ini.β