blank

Senarai Bintang & Legenda Bola Sepak Dunia Yang Tercicir Dari Ballon d’Or Dream Team

blank

Selepas anugerah Ballon d’Or dibatalkan pada tahun ini, penganjur France Football sebaliknya memilih untuk menamakan Dream Team.

Tidak ada anugerah untuk kategori individu pada tahun ini berikutan penularan wabak global, tetapi seramai 110 pemain bola sepak tersohor dunia sepanjang zaman menerima nominasi untuk berada di dalam kesebelasan utama terbaik sepanjang zaman.

France Football telah menamakan 10 pecalonan untuk setiap posisi berdasarkan formasi 3-4-3, yang mengandungi seorang penjaga gol, bek kanan, bek tengah, bek kiri, dua pemain tengah bertahan, dua pemain tengah serangan, pemain sayap kiri, pemain sayap kanan, dan seoran penyerang tengah.

Seperti kebiasaan, pasti ada nama-nama besar yang bekemungkinan tercicir atau disisihkan dan tidak berada di dalam senarai.

Penjaga gol

Nama paling ketara sekali tidak berada di dalam senarai pecalonan France Football ialah bekas penjaga gol No.1 Bayern Munich dan Jerman, Oliver Khan.

Beliau telah dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun walaupun tewas kepada Brazil di perlawanan akhir.

blank

Pemain pertahanan

Pasti akan ada perdebatan mengapa France Football memilih untuk meletakkan tiga pemain pertahanan sahaja berbanding empat kebiasaan.

Di bahagian full-back, nama seperti Dani Alves dan Javier Zanetti tidak berada di dalam senarai.

Manakala di posisi bek tengah, Carles Puyol dan Fernando Hierro yang merupakan pemain ikonik La Liga turut tidak mendapat nominasi.

Tatkala nama pemain pertahanan Real Madrid turut tersenarai, ia agak mengejutkan pemain pertahanan terbaik dunia dari Liverpool, Virgil van Dijk tidak berada di dalam senarai.

blank

Pemain tengah

Walaupun France Football telah menamakan 20 pemain tengah bertahan yang berkualiti di dalam senarai mereka, masih tiada nama seperti Patrick Viera, Gennaro Gattuso atau pun Claude Makelele yang memainkan peranan besar dalam inovasi peranan di posisi itu.

Bukan itu sahaja. Tiga pemain yang pernah memenangi Ballon d’Or di posisi tengah seperti Kaka, Luka Modric dan Pavel Nedved turut tidak berada di dalam senarai tersebut.

Penyerang

Di bahagian serangan beberapa nama besar turut tidak berada di dalam senarai nominasi seperti Andriy Shevchenko, Michael Owen, Raul, Alessandro del Piero, Hugo Sanchez, Miroslav Klose, Eric Cantona, Luis Suarez, Paco Gento, David Villa dan Fernando Torres.

Penutup

Agak mengejutkan juga apabila bekas pemenang Ballon d’Or tidak berada sekurang-kurangnya dalam senarai nominasi seperti Kaka, Modric, Nedved, Owen dan Schevchenko.

Begitu juga dengan satu-satunya pemain dari Sepanyol yang pernah memenangi Ballon d’Or iaitu Luis Suarez pada 1960.

Kami yakin anda boleh menamakan lebih ramai pemain yang mungkin paling kurang berada di dalam senarai nominasi. Omar Sivori, Denis Law, Florian Albert, Paolo Rossi, Allan Simonsen, Igor Belanov and Jean-Pierre Papin adalah di antaranya.

Senarai penuh pencalonan:

Penjaga gol: Gordon Banks, Thomas Nkono, Gianluigi Buffon, Peter Schmeichel, Iker Casillas, Edwin van der Sar, Sepp Maier, Lev Yashin, Manuel Neuer and Dino Zoff.

Bek kanan: Giuseppe Bergomi, Manfred Kaltz, Cafú, Philipp Lahm, Carlos Alberto, Wim Suurbier, Djalma Santos, Lilian Thuram, Claudio Gentile and Berti Vogts.

Bek tengah: Franco Baresi, Bobby Moore, Franz Beckenbauer, Daniel Passarella, Fabio Cannavaro, Mathias Sammer, Marcel Desailly, Gaetano Scirea, Ronald Koeman and Sergio Ramos.

Bek kiri: Andreas Brehme, Paul Breitner, Antonio Cabrini, Giacinto Facchetti, Junior, Ruud Krol, Maldini, Marcelo, Nilton Santos and Roberto Carlos.

Penyerang kanan: Beckham, Jairzinho, Best, Keegan, Eto’o, Matthews, Figo, Messi, Garrincha, Robben

Penyerang kiri: Blokhine, Rivaldo, Cristiano Ronaldo, Rivelino, Dzajic, Ronaldinho, Giggs, Rummenigge, Henry, Stoichkov

Penyerang tengah: Bergkamp, Gerd Muller, Cruyff, Romario, Dalglish, Ronaldo Nazario, Eusebio, Van Basten, Kocsis, George Weah

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.