Lionel Messi akan menjadi bintang bola sepak terbesar dunia bergelar ejen bebas pada 2021. Namun sebenarnya bukan sahaja Messi yang akan menjadi rebutan kali ini.
Pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu sebelum ini mahu meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu namun terpaksa kekal di Nou Camp akibat klausa perpindahan €700 juta.
Manchester City dikatakan sebagai pilihan utama untuk mendapatkan khidmat Messi selepas ini. Fokus juga seharusnya terarah kepada 24 pemain lain yang berada di dalam senarai ini.
Antaranya ialah Sergio Ramos dan Sergio Aguero sekiranya kedua-dua pemain tidak ditawarkan kontrak baharu dalam tempoh 6 bulan akan datang.
Baiklah. Tulis panjang-panjang bukan korang nak baca. Semua sedang sibuk dengan hal bajet dan shopping di Shoppee 11.11.
Berikut adalah 25 pemain bola sepak dunia yang bergelar ejen bebas dan boleh menyertai mana-mana pasukan pada musim hadapan beserta nilai semasa setiap pemain.

25. Nicolás De La Cruz (River Plate) Value: £10.8 million
24. Josh King (Bournemouth) Value: 11.7m
23. Fabian Schar (Newcastle United) Value: £11.7m
22. Elseid Hysaj (Napoli) Value: £12.6m
21. Jesse Lingard (Manchester United) Value: £12.6m
20. Sergio Ramos (Real Madrid) Value: £12.6m
19. Juan Bernat (Paris Saint-Germain) Value: £14.4m
18. Otavio (Porto) Value: £16.2m
17. Nikola Maksimovic (Napoli) Value: £16.2m
16. Eric Garcia (Manchester City) Value: £18m
15. Moussa Marega (Porto) Value: £18m
14. Henrikh Mkhitaryan (Roma) Value: £18m
13. Marten de Roon (Atalanta) Value: £20.7m
12. Julian Draxler (Paris Saint-Germain) Value: £21.6m
11. Riqui Puig (Barcelona) Value: £22.5m
10. Arkadiusz Milik (Napoli) Value: £24.3m
9. Hakan Calhanoglu (AC Milan) Value: £27m
8. Florian Thauvin (Marseille) Value: £28.8m
7. Angel Di Maria (Paris Saint-Germain) Value: £28.8m
6. Georginio Wijnaldum (Liverpool) Value: £36m
5. Sergio Aguero (Manchester City) Value: £37.8m
4. Memphis Depay (Lyon) Value: £40.5m
3. Gianluigi Donnarumma (AC Milan) Value: £54m
2. David Alaba (Bayern Munich) Value: £58.5m
1. Lionel Messi (Barcelona) Value: £90m