Senarai 30 Pakar Sepakan Percuma Terhebat Sepanjang Zaman

Bekas pemain bola sepak ternama, Juninho telah dinamakan sebagai pakar sepakan percuma oleh para peminat dengan mengetepikan beberapa legenda bola sepak yang lain.

Legenda Brazil berusia 45 tahun itu sangat dihormati kerana kehebatan dan teknik beliau yang sungguh mengagumkan.

Beliau juga telah mencipta rekod jaringan yang luar biasa menakjubkan menerusi sepakan percuma.

Beberapa peminat dari TheTopTens telah meletakkan Juninho sebagai pemain paling hebat dalam mengambil sepakan percuma berbanding bintang-bintang handalan lain seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, David Beckham dan Roberto Carlos.

Dalam sesi undian yang dilakukan oleh TheTopTens itu, para peminat telah memberikan pandangan masing-masing berkaitan pakar sepakan percuma ini.

Kebanyakkan dari mereka memberikan pandangan yang sangat positif terhadap Juninho dan menganggap bahawa legenda Brazil itu adalah pakar bola mati terhebat sepanjang zaman.

“Juninho jelas merupakan pengambil sepakan percuma terhebat pernah disaksikan. Dia mampu untuk menjaringkan gol dari mana sahaja.”

“Kelajuan bola, ketajaman, ketinggian dan kekuatan. Tidak akan ada pakar bola mati yang lebih hebat darinya.”

“Sejujurnya, Juninho adalah pakar sepakan percuma terhebat sepanjang zaman. Ketika kariernya di Lyon, dia tidak pernah gagal dalam menyempurnakan sepakan percuma.”

Begitulah antara komen-komen dari para peminat tentang kehebatan Juninho dalam mengambil sepakan percuma.

Legenda Manchester United, David Beckham dan bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam senarai dengan kedua-dua mereka memang terkenal dengan kehebatan masing-masing dalam mengambil sepakan percuma.

Berikut merupakan senarai 30 pakar sepakan percuma terhebat sepanjang zaman hasil dari undian para peminat di TheTopTens.

30 Pakar Sepakan Percuma Terhebat Sepanjang Zaman:

30. Gareth Bale

29. Thierry Henry

28. Wayne Rooney

27. Robin van Persie

26. Luis Suarez

25. Ronald Koeman

24. Franck Ribery

23. Zico

22. Leighton Baines

21. Gheorghe Hagi

20. Juan Roman Riquelme

19. Alex

18. Diego Forlan

17. Rivaldo

16. Ryan Giggs

15. Wesley Sneijder

14. Shunsuke Nakamura

13. Alessandro del Piero

12. Juan Arango

11. Pierre van Hooijdonk

10. Andrea Pirlo

9. Lionel Messi

8. Steven Gerrard

7. Ronaldinho

6. Sinisa Mihajlovic

5. Roberto Carlos

4. Diego Maradona

3. Cristiano Ronaldo

2. David Beckham

1. Juninho Pernambucano

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.