Senarai 24 Pemain Terbaru Yang Dipanggil Untuk Wakili Skuad Kebangsaan England

Pengurus pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate telah menamakan 24 pemain untuk skuad terbaru three lions.

Kesemua pemain tersebut akan mewakili England ke pertandingan Nations League menentang Iceland dan Denmark.

Ketua pasukan setan merah, Harry Maguire turut berada dalam senarai pilihan Southgate walau beliau kini terlibat dengan kes jenayah.

Maguire telah ditahan oleh pihak berkuasa Greece awal minggu lalu di sebuah kepulauan Mykonos, Greece.

Penyerang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane turut disenaraikan oleh Southgate walaupun beliau tidak dapat untuk beraksi dalam perlawanan pra musim dan sedang di asingkan.

Pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling telah disenarai dan disahkan negatif Koronavirus sebelum ini.

Namun kerana beliau telah menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh Usain Bolt, beliau akan melakukan sekali lagi saringan sebelum boleh sertai skuad kebangsaan England.

Dua pemain muda dari Manchester City dan Manchester United, Phil Foden dan Mason Greenwood turut dipanggil untuk sertai skuad kebangsaan England kali ini.

Agak mengejutkan apabila Southgate telah menyingkirkan James Maddison, Jack Grealish dan Dele Alli dan telah memilih midfield dari Leeds United, Kalvin Philips.

Berikut merupakan senarai penuh 24 pemain yang dipilih oleh Gareth Southgate untuk skuad kebangsaan England kali ini.

24 Pemain Skuad Kebangsaan England:

Tammy Abraham (Chelsea), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Eric Dier (Tottenham Hotspur), Phil Foden (Manchester City), Joe Gomez (Liverpool), Mason Greenwood (Manchester United), Dean Henderson (Manchester United), Danny Ings (Southampton), Harry Kane (Tottenham Hotspur), Michael Keane (Everton), Harry Maguire (Manchester United), Tyrone Mings (Aston Villa), Mason Mount (Chelsea), Kalvin Phillips (Leeds United), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley), Marcus Rashford (Manchester United), Declan Rice (West Ham United), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City), Kieran Trippier (Atletico Madrid), Kyle Walker (Manchester City), James Ward-Prowse (Southampton), Harry Winks (Tottenham Hotspur)

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson tidak disenaraikan dalam skuad kali ini kerana beliau masih dibelenggu masalah kecederaan.

Skuad kebangsaan England akan memulakan aksi sepak mula pada 5 September nanti menentang Iceland dan aksi seterusnya adalah pada 8 September menentang Denmark.

Skuad Kebangsaan England tidak pernah beraksi sejak kali terakhir mereka menewaskan Kosovo 4-0 dalam kelayakan Euro 2020 pada November 2019 yang lalu.

Jadual perlawanan persahabatan skuad England yang sepatutnya dijadualkan menentang Itali dan Denmark pada Mac lalu turut dibatalkan kerana serangan wabak yang sedang teruk melanda dunia sekarang.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.