Pasukan kebangsaan England di bawah kendalian Gareth Southgate tersenarai sebagai skuad paling bernilai di Eropah ketika ini.
Gareth Southgate memulakan kempen Nations League mereka kali ini dengan membariskan para pemain dari generasi baru England.
Southgate dilihat menjalankan tugasnya sebagai pengurus dengan sungguh cemerlang apabila beliau berjaya untuk membawa skuad England ke peringkat separuh akhir dalam sesebuah pertandingan besar buat kali pertama sejak 1996.
1. 💰💰💰
🇫🇷 2. France – €882.9 million
🇩🇪 6. Germany – €729.5 million
🇳🇱 8. Netherlands – €561.8 millionThe top 20 most valuable national teams in Europe have been named… 👀https://t.co/UxRS7MC88A
— SPORTbible (@sportbible) September 5, 2020
Southgate cemerlang membawa skuad kendaliannya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 yang lalu dan beliau meneruskan kecemerlangannya ketika membawa England ke peringkat separuh akhir Nations League tahun lalu.
Sabtu lalu skuad kebangsaan England memulakan kempen Nations League musim 2020/21 menentang Iceland dengan membariskan pemain seperti Phil Foden, Mason Greenwood dan Jack Grealish untuk pertama kalinya.
Skuad England menang 1-0 menewaskan Iceland hasil jaringan dari Raheem Sterling.
Menurut laporan dan kajian dari Transfermarkt, skuad kebangsaan England kali ini merupakan pasukan yang paling bernilai di Eropah.
A wins a win. Good to have some minutes in the legs 🏴 pic.twitter.com/EQp5QhaDeN
— Trent Alexander-Arnold (@trentaa98) September 5, 2020
Senarai pasukan Eropah paling bernilai:
20.Russia – €146 juta
19. Ukraine – €151.2 juta
18. Switzerland – €162.3 juta
17. Wales – €172.2 juta
16. Austria – €186 juta
15. Scotland – €199.7 juta
14. Norway – €231.9 juta
13. Poland – €238.4 juta
12. Turkey – €285.4 juta
11. Denmark – €291.2 juta
10. Serbia – €349.1 juta
9. Croatia – €349.2 juta
8. Netherlands – €561.8 juta
7. Belgium – €697.2 juta
6. Germany – €729.5 juta
5. Portugal – €736.5 juta
4. Spain – €758.2 juta
3. Italy – €847 juta
2. France – €882.9 juta
1. England – €1 billion
Mengikut kepada senarai keseluruhan untuk pemain paling bernilai, Kylian Mbappe merupakan pemain paling bernilai dalam dunia bola sepak masa kini.
Super Eagles midfielder, Wilfred Ndidi (€45m) rated fourth most valuable player in Leicester City squad behind James Maddison €60m, Youri Tielemans €55m and Ben Chilwell €50m.@NGSuperEagles @Ndidi25 @LCFC @Madders10 @BenChilwell @EaglesTrackerNG @Naija_Players pic.twitter.com/j1hAwPSEdd
— 9aijasport (@9aija_Sport) January 28, 2020
Bintang Manchester City, Raheem Sterling pula berada di kedudukan kedua dan tiada pemain Eropah lain yang berada di kedudukan lima pemain paling bernilai di dunia.
Untuk skuad kendalian Southgate, Raheem Sterling, Harry Kane, Jadon Sancho dan Trent Alexander Arnold saja sudah bernilai lebih dari €100 juta setiap seorang.
Skuad The Three Lions kini kehilangan pemain centre back mereka Harry Maguire dan James Maddison yang mana kedua-dua pemain tersebut turut berada dalam senarai 10 pemain England paling bernilai.
Sementara itu, Bukayo Saka dan Callum Hudson Odoi turut berada dalam senarai 20 pemain paling bernilai namun mereka masih lagi di bawah usia 21 tahun.
Most expensive stars in world football revealed
Mbappe is unsurprisingly the most-valuable player on the planet at £226.2m. But incredibly, the priciest midfielder in the world is one-cap England star James Maddison – at £95.5m. pic.twitter.com/kjKBSTrflu— Lilian Chan (@bestgug) January 7, 2020
Southgate sangat berharap dengan memiliki bakat-bakat muda hebat serta barisan pemain paling bernilai ini akan menghadiahkan sesuatu yang istimewa di masa akan datang.
Beliau sudah meletakkan sasaran untuk membawa England menjuarai pertandingan Euro dan Nations League selepas ini.