Senarai 15 Pemain Muda Terbaik Pilihan Messi

Bintang Barcelona, Lionel Messi telah mengenal pasti empat pemain premier league yang beliau yakin akan menjadi bintang besar dalam dunia bola sepak.

Pilihan pemain Argentina berusia 33 tahun itu dinyatakan sebagai sebahagian daripada Topps kad Liga Juara-Juara, yang direka oleh Messi.

Kad tersebut termasuklah ‘Detik Terbaik’ dalam kariernya dan pilihan beliau untuk ‘Bakat Terbaik’ serta ‘Bintang Muda Yang Meningkat Naik’.

Messi menamakan pemain pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander Arnold sebagai salah seorang dari 15 pemain terbaik yang beliau senaraikan.

Beliau turut menyatakan bahawa Arnold merupakan seorang pemain yang sungguh mengagumkan ketika menyerang dan meramalkan pemain itu mempunyai masa depan yang sungguh cerah.

Menyertai Arnold dalam senarai pilihan Messi merupakan duo Chelsea, Christian Pulisic dan Mason Mount.

Phil Foden pula merupakan pemain terakhir dari pentas premier league yang telah disenaraikan oleh pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu.

Menurut Messi, pemain midfield berusia 20 tahun itu bakal melakukan pelbagai perkara menarik dalam bola sepak dan Pep Guardiola sendiri memanggil Foden sebagai pemain paling berbakat pernah beliau lihat.

Berikut merupakan senarai 15 prospek masa depan dalam dunia bola sepak pilihan Lionel Messi.

Trent Alexander Arnold

– Pemain full-back yang sungguh mengagumkan ketika menyerang, dia masa depan dalam dunia bola sepak.

Christian Pulisic

– Pemain yang mempunyai keseimbangan dan ketangkasan yang sungguh hebat.

Mason Mount

– Pernah menyaksikan beliau bermain dan beliau mempunyai potensi untuk menjadi salah seorang pemain terbaik.

Phil Foden

– Pemain yang akan melakukan hal-hal menakjubkan dalam perlawanan dan mempunyai bakat besar.

Jadon Sancho

– Kemampuan beliau untuk menggelecek melepasi pertahanan sungguh mengagumkan.

Luka Jovic

– Pemain yang mempunyai sentuhan magis untuk menjadikan yang mustahil kepada tidak mustahil.

Kai Havertz

– Keyakinan beliau ketika berada di hadapan gol sungguh hebat walau masih sangat muda.

Eder Militao

– Bakat yang luar biasa dan tidak mudah menyerah kalah.

Ousmane Dembele

– Kelajuan beliau sungguh mengagumkan.

Houssem Aouar

– Pemain yang sentiasa tenang apabila membawa bola di kakinya dan mempunyai teknik serta kualiti yang sungguh mantap.

Frenkie de Jong

– Seorang pemain muda yang paling berjaya dalam membuat hantaran.

Joao Felix

– Salah seorang pemain muda paling mengujakan dalam dunia bola sepak kini.

Kylian Mbappe

– Pemain yang sangat laju dan mempunyai teknik penyudah yang hebat. Penyerang paling berbahaya.

Joshua Kimmich

– Pemain full-back yang berbakat besar dan telah terlibat dengan banyak bantuan jaringan.

Benjamin Pavard

– Pertahanan klasik yang juga boleh menyerang dengan sangat bagus.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.