Senarai 10 Penyerang Terhebat Dunia Ketika Ini Telah Didedahkan

Penyerang terhebat dalam dunia bola sepak masa kini telah didedahkan dan disenaraikan dengan bintang handalan Juventus, Cristiano Ronaldo hanya berada di kedudukan kelima dalam senarai ini.

Ronaldo yang awalnya bermain di posisi sayap, kini beliau dilihat lebih banyak bermain di posisi penyerang utama dan beliau juga merupakan penjaring terbanyak dalam saingan Serie A musim ini dengan menjaringkan 29 gol.

Dikedudukan pertama senarai penyerang terhebat dunia yang dikeluarkan oleh majalah bola sepak FourFourTwo kali ini adalah, bintang yang menjaringkan 40 gol dalam saingan Bundesliga musim ini, Robert Lewandowski.

Bintang utama Bayern Munich itu dianggap sebagai salah seorang pemain penyerang paling sempurna dalam dunia bola sepak.

Beliau juga dianggap sebagai pemain yang sering lebih maju berbanding pemain lain dengan kebolehan, kemampuan, skill dan kualiti penyudah yang beliau miliki.

Harry Kane pula berada di kedudukan kedua dalam senarai ini dengan bakal bekas bintang Tottenham itu digelar “a Swiss Army Knife” atas kemampuan beliau untuk lakukan apa saja dan dalam situasi apa pun untuk menjaringkan gol.

Kane mempunyai kemampuan yang sungguh luar biasa dan beliau mampu menjaringkan gol dalam pelbagai situasi.

Erling Haaland pula merupakan pemain paling muda dalam senarai 10 penyerang terhebat dunia ini, dengan bintang berusia 20 tahun itu menduduki kedudukan ketiga senarai ini.

Penyerang utama Borussia Dortmund yang juga merupakan pemain terhangat dalam jendela perpindahan musim panas ini telah berjaya menjaringkan 39 gol dari 39 penampilan sepanjang musim ini.

Romelu Lukaku berada di kedudukan keempat selepas kejayaan beliau membantu Inter Milan menjuarai saingan Serie A musim ini.

Beliau boleh dikatakan layak untuk berada dalam senarai ini selepas melihat sumbangan dan persembahan bintang Belgium itu sepanjang musim ini.

Walau bagaimanapun, sedikit mengejutkan ketika melihat nama Luis Suarez tiada dalam senarai ini walau beliau memainkan peranan penting dalam membawa Atletico untuk menjuarai saingan La Liga musim ini.

Rakan sepasukan Suarez bersama skuad kebangsaan Uruguay, Edinson Cavani turut tersenarai dalam senarai ini selepas melihat sumbangan dan impak beliau bersama Manchester United.

Mungkin akan ada yang mempertikaikan senarai yang dikeluarkan oleh FFT dek kerana ketiadaan pemain seperti Lionel Messi dan Kylian Mbappe.

Walau bagaimanapun, FourFourTwo telah mendedahkan bahawa Mbappe dan Messi tidak dikategorikan sebagai penyerang utama dan mereka berada dalam kategori berbeza.

10. Dominic Calvert-Lewin (Everton)

9. Andre Silva (Eintracht Frankfurt)

8. Edinson Cavani (Man United)

7. Ciro Immobile (Lazio)

6. Karim Benzema (Real Madrid)

5. Cristiano Ronaldo (Juventus)

4. Romelu Lukaku (Inter Milan)

3. Erling Haaland (Borussia Dortmund)

2. Harry Kane (Tottenham)

1. Robert Lewandowski (Bayern Munich)

Tidak boleh dipertikaikan tentang tersenarainya nama Benzema dalam senarai ini selepas melihat persembahan dan sumbangan beliau bersama Real Madrid ketika ini.

Ciro Immobile juga turut berjaya mengekalkan tahap persembahan terbaiknya sejak musim lalu dan beliau sememangnya salah seorang penyerang yang agak digeruni.

Dominic Calvert Lewin turut tersenarai dalam senarai ini dan ia sememangnya tidak mengejutkan kerana melihatkan kepada aksi persembahan beliau bersama Everton dalam dua musim terakhir ini.

Pemain-pemain yang sering mendominasi senarai ini seperti Zlatan Ibrahimovic, Gabriel Jesus dan Roberto Firmino tidak disenaraikan dalam senarai terbaru ini dek kerana masing-masing sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Bagaimana pandangan anda tentang senarai yang dikeluarkan oleh FourFourTwo ini? Adakah ianya adil? Bincangkan di ruangan komen.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.