Senarai 10 pemain paling sempurna dalam dunia bola sepak telah didedahkan baru-baru ini.
Dalam senarai tersebut, turut terdapat beberapa pemain ternama dan berprofil tinggi yang beraksi di pentas bola sepak Eropah.
Pemain paling sempurna yang dimaksudkan itu dikategorikan sebagai pemain yang mampu melakukan segala-galanya.
Seorang pemain yang boleh menjaringkan gol, membuat hantaran, menggelecek dan boleh bertahan dengan bagus adalah ciri-ciri pemain paling sempurna yang dimaksudkan.
Menurut statistik dari salah sebuah website, statschecker.com telah mengumpulkan data-data pemain dan menyenaraikan para pemain yang dikategorikan sebagai pemain paling sempurna di Eropah.
Markah diberikan melalui kiraan gol, takle, hantaran tepat, bantuan jaringan, larian berjaya, cubaan ke arah gol dan cubaan tepat.
The greatest player in the history of Real Madrid..
A signing like no other, Cristiano Ronaldo..
— Real Madrid Analysis (@rmdanalysis) August 28, 2020
Senarai 10 Pemain Paling Sempurna Di Eropah:
10. Cristiano Ronaldo – Juventus (351)
9. Rodrigo De Paul – Udinese (357)
8. Filip Kostic – Eintracht Frankfurt (365)
7. Alejandro Gomez – Atalanta (371)
6. Wilfried Zaha – Crystal Palace (384)
Why has Adama Traore been called up to the Spain squad? 🇪🇸
Because Adama Traore can do things like this 💪 pic.twitter.com/EfMZhfB3LV
— Goal South Africa (@GoalcomSA) August 20, 2020
5. Adama Traore – Wolves (391)
4. Emiliano Buendia – Norwich City (393)
3. Luis Alberton – Lazio (395)
2. Kevin De Bruyne – Manchester City (407)
Kevin De Bruyne – The Visionary pic.twitter.com/Z8vyrjLOA5
— The Pep (@GuardiolaTweets) August 21, 2020
1. Lionel Messi – Barcelona (507)
Bintang Argentina itu berada di kedudukan pertama dalam senarai dan ianya tidak mengejutkan kerana pemenang enam kali Ballon d’or itu sememangnya pemain yang hebat.
Messi mencatatkan 507 mata 100 mata mengatasi Kevin De Bruyne yang berada di kedudukan kedua.
Kevin De Bruyne pula mengumpul 407 mata dan tidak begitu jauh meninggalkan pesaing-pesaing lain yang turut berada dalam senarai.
Ketua pasukan Barcelona itu menjaringkan 31 gol dan mencatatkan 26 bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini.
26 bantuan jaringan yang berjaya beliau cipta itu merupakan yang tertinggi pernah beliau catatkan sepanjang kariernya.
Emi Buendía has made 50 tackles in the defensive third this season, twice as many as any other Premier League forward.
Tireless. 😲😲😲 pic.twitter.com/qmiQc0NIa8
— Statman Dave (@StatmanDave) April 15, 2020
Buendia berjaya masuk ke senarai lima teratas selepas mempamerkan aksi cukup cemerlang bersama Norwich City dalam saingan premier league.
Buendia merupakan pemain keempat yang mencipta peluang terbanyak dalam saingan premier league dan juga pemain yang berjaya membuat takle terbanyak di kalangan pemain di posisi serangan dalam saingan liga musim ini.