Senarai 10 Pemain Paling Berprestasi Di Benua Eropah Ketika Ini

Lionel Messi telah dinamakan sebagai pemain paling berprestasi setakat ini dari kesemua lima liga utama benua Eropah.

Walaupun beliau bermula agak perlahan pada awal musim lalu, Messi kemudiannya berjaya mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya.

Bintang Argentina itu setakat ini telah berjaya menjaringkan 28 gol dan mencatatkan 11 assists dari 32 penampilan dalam saingan La Liga musim ini.

Sejak masuk tahun 2021, bintang berusia 33 tahun itu telah berjaya menjaringkan 26 gol dan turut mencatatkan sembilan assists dari 26 perlawanan.

Lebih menarik lagi, Messi turut berjaya memenangi 18 anugerah pemain terbaik perlawanan sepanjang tempoh tersebut dan memungkinkan untuk beliau merangkul anugerah Ballon d’or miliknya.

Di kedudukan kedua dari senarai pemain paling berprestasi yang dikeluarkan oleh CIES adalah bekas rakan sepasukan Messi, Neymar.

Bintang Brazil itu cemerlang meledak 15 gol dari 26 penampilan dalam aksi saingan Ligue One, yang mana dalam tempoh tersebut, beliau kerap diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Robert Lewandowski cemerlang menjaringkan 43 gol untuk Bayern Munich dari semua pertandingan musim ini dan meletakkan beliau di kedudukan ketiga dalam senarai ini.

Pemain serba boleh yang bermain di posisi pertahanan dan midfield Manchester City, Joao Cancelo pula berada di kedudukan keempat dalam senarai ini.

Menurut kajian yang sama, Cancelo merupakan pemain paling berprestasi dalam saingan premier league musim ini dan selayaknya dianugerahkan dengan anugerah Pemain Terbaik Tahunan Premier League.

Rakan Sepasukannya, Rodri Hernandez, Kevin De Bruyne, IIkay Gundogan dan Riyad Mahrez kesemua mereka turut berada dikelompok 10 teratas dalam senarai ini.

Kesemua pemain tersebut telah menunjukkan aksi yang cukup mantap dalam membantu Manchester City menjuarai League Cup dan premier league yang mana mereka bakal dinobatkan sebagai Juara selepas menang satu lagi perlawanan.

Jesse Lingard hanya kembali bermain secara aktif sejak menandatangani perjanjian bersama West Ham pada Januari lalu, namun dek kerana aksi mantap yang beliau pamerkan, namanya berada di kedudukan kelapan dalam senarai ini.

Pemain kebangsaan England itu cemerlang menjaringkan 9 gol dan 4 assists dari 11 penampilan dalam aksi saingan premier league musim ini.

Ketua pasukan Aston Villa, Jack Grealish melengkapkan senarai 10 pemain paling berprestasi di benua Eropah setakat ini, selepas mempamerkan aksi yang cukup cemerlang sebelum berehat kerana dibelenggu masalah kecederaan.

CIES telah menggunakan statistik dan data-data khusus yang dikeluarkan oleh InStat, yang mana ia lebih menumpukan kepada isyarat teknikal yang dicapai oleh pemain, minit permainan, dan turut tahap persembahan dari setiap perlawanan yang dimainkan.

Hanya mereka yang bermain lebih dari 1000 minit dalam aksi liga masing-masing sahaja yang akan disenaraikan dalam senarai ini.

Berikut merupakan senarai penuh 10 pemain paling berprestasi ketika ini berserta dengan kiraan index masing-masing.

1. Lionel Messi – 405

2. Neymar – 381

3. Robert Lewandowski – 371

4. Joao Cancelo – 368

5. Rodri Hernandez – 366

6. Kevin De Bruyne – 366

7. Riyad Mahrez – 365

8. Jesse Lingard – 358

9. Ilkay Gundogan – 357

10. Jack Grealish – 356

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.