Senarai 10 Pemain Inggeris Terhebat Sepanjang Zaman

Legenda England dan Manchester United, Sir Bobby Charlton telah dinamakan sebagai pemain Inggeris terhebat sepanjang zaman.

Pemenang Ballon d’Or yang kini berusia 82 tahun itu dihormati secara meluas oleh ramai pihak kerana eksploitasi yang luar biasa semasa kerjaya legendanya baik untuk kelab mahupun negara.

Football Trips dengan bangga dan penuh rasa hormat telah meletakkan nama Sir Bobby Charlton sebagai pemain Inggeris terhebat pernah disaksikan dalam dunia bola sepak.

Charlton sepanjang kariernya pernah memenangi tiga kali gelaran liga, kejuaraan Piala FA dan memenangi kejuaraan Eropah dari 17 tahun karier luar biasanya di Old Trafford.

Sir Bobby Charlton juga pernah menjulang Kejuaraan Piala Dunia bersama England pada tahun 1966.

Bekas ketua pasukan United itu juga berada di kedudukan kedua dalam carta penjaring gol terbanyak sepanjang zakan untuk setan merah dan England.

Di kedudukan kedua pula tidak lain tidak bukan pastilah legenda setan merah, Wayne Rooney. Beliau merupakan pemain yang berjaya memecahkan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman milik Charlton baik untuk kelab mahupun negara.

Football Trips turut memuji bekas penyerang handalan United berusia 34 tahun itu dengan menyatakan bahawa beliau selayaknya berada dalam lipatan sejarah bola sepak Inggeris.

Rooney sepanjang karier gemilangnya di Old Trafford, beliau telah berjaya memenangi lima kali gelaran premier league, satu kejuaraan FA, tiga kejuaraan League Cup dan satu gelaran liga Juara-juara.

“Sebagai seorang ketua, Rooney dihormati atas semangat dan dedikasi yang beliau miliki selain dari kehebatannya dalam menjaringkan gol.”

Tambah Football Trips lagi.

beberapa pemain legenda lain yang turut berada dalam senarai 10 pemain Inggeris terhebat sepanjang zaman adalah Frank Lampard dan legenda handalan Liverpool, Steven Gerrard.

Berikut merupakan senarai 10 pemain Inggeris terhebat sepanjang zaman yang telah dikeluarkan oleh Football Trips.

10 Pemain Inggeris Terhebat Sepanjang Zaman:

10. Paul Scholes

9. Gary Lineker

8. Kevin Keegan

7. Bobby Moore

6. David Beckham

5. Steven Gerrard

4. Frank Lampard

3. Alan Shearer

2. Wayne Rooney

1. Sir Bobby Charlton

Tidak hairan mengapa kebanyakkan nama legenda United berada dalam senarai ini memandangkan kepada kehebatan sejarah kelab mereka.

Tidak dinafikan juga kesemua pemain yang berada dalam senarai ini sememangnya merupakan antara pemain Inggeris terhebat sepanjang zaman.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.