Senarai 10 Pemain Bola Sepak Dengan Pendapatan Tertinggi Tahun 2020

Penyerang Barcelona, Lionel Messi berada di kedudukan teratas senarai Forbes untuk pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi bagi tahun 2020.

Forbes menganggarkan Messi menerima bayaran £97.2 juta, atau bersamaan dengan RM517.82 juta setahun.

Ini bermakna pendapatan Messi mengatasi apa yang diperolehi Cristiano Ronaldo yang berada di kedudukan kedua.

Secara keseluruhan, bintang Juventus dan kapten Portugal itu menerima bayaran berjumlah £90.3 juta.

Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar pula beada di kedudukan ketiga, manakala rakan sepasukan, Kylian Mbappe di kedudukan keempat.

Liga Perdana Inggeris kali ini menampilkan tiga pemain dalam senarai 10 teratas – Mohamed Salah, Paul Pogba, dan David de Gea.

Turut tidak ketinggalan adalah pemain Real Madrid, Gareth Bale yang menerima £22.4 setahun walaupun melalui kempen yang mengecewakan sepanjang musim 2019/20.

Bale dikatakan mengalami masalah peribadi dengan pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane menyebabkan pemain antarabangsa Wales itu hanya tampil dalam dua perlawanan dari 14 perlawanan terakhir kempen musim lalu.

Penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah pula berada di kedudukan kelima mengatasi apa yang diperolehi oleh pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, dan penjaga gol Manchester United, David de Gea.

Salah membuktikan keupayaannya walaupun saingan musim 2020/21 baru berlangsung satu perlawanan apabila hatrik pemain itu membantu Liverpool menewaskan Leeds United 4-3 pada hujung minggu lalu.

Turut berada di dalam senarai elit itu ialah penyerang Barcelona Antoine Griezmann di kedudukan ketujuh. Manakala penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski berada di kedudukan ke-9 sebagai pemain dengan pendapatan tertinggi tahun ini.

Tiga kedudukan teratas senarai pada tahun ini masih lagi mengikut turutan yang sama walaupun Mbappe melonjak dari kedudukan ke-7 ke kedudukan ke-4 pada tahun ini.

Pada usia 33 tahun, Lionel Messi sebelum ini cuba untuk meninggalkan Barcelona dengan menyerahkan surat tuntutan berpindah kepada pihak pengurusan kelab di Nou Camp.

Messi bagaimana pun menukar fikiran beliau untuk mengelak dari mengheret Barcelona ke mahkamah.

Berikut adalah senarai penuh pemain dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes bagi tahun 2020:

Senarai pemain dan kekayaan

1. Lionel Messi (Barcelona & Argentina) $126m (£97.2m)

2. Cristiano Ronaldo (Juventus & Portugal) $117m (£90.3m)

3. Neymar (Paris St-Germain & Brazil) $96m (£74.1m)

4. Kylian Mbappe (Paris St-Germain & France) $42m (£32.4m)

5. Mohamed Salah (Liverpool & Mesir) $37m (£28.5m)

6. Paul Pogba (Manchester United & Perancis) $34m (£26.2m)

7. Antoine Griezmann (Barcelona & Perancis) $33m (£25.5m)

8. Gareth Bale (Real Madrid & Wales) $29m (£22.4m)

9. Robert Lewandowski (Bayern Munich & Poland) $28m (£21.6m)

10. David de Gea (Manchester United & Sepanyol) £27m (£20.8m)

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.