Sembang Sampah Saja Tak Guna, Masvidal Ajak Mcgregor Bertumbuk Di Octagon

Jorge Masvidal telah menembak kembali Conor McGregor dan menggelarkan bekas juara dunia UFC itu sebagai ‘salty’. Ianya selepas komen McGregor kepada Masvidal pada Ahad.

McGregor menggelarkan Masvidal sebagai ‘F**king midget’ selepas kemenangan Masvidal ke atas Nate Diaz dalam aksi UFC 244.

McGregor turut menggelarkan Masvidal sebagai mudah koyak.

“Hey Burger King, boleh saya pesan 3 burger dengan soda serta satu kotak ayam. Banyakkan garam dan cuka. Terima kasih.”

Tweet tersebut merujuk kepada pergaduhan Masvidal dengan Leon Edwards di belakang pentas ketika UFC di London. McGregor menggelar Masvidal sebagai hati tisu dan mudah salty.

Masvidal kemudian memberikan respon kepada tweet oleh McGregor dan menuduh sebenarnya McGregor yang ‘salty’.

Masvidal kemudian menyatakan McGregor masih berdiam dengan cabaran mereka sebelum ini dan enggan menandatangani kontrak.

Lalu Masvidal kemudian mencabar McGregor untuk menandatangani kontrak bertarung, selepas terlalu bising berkokok di Twitter dan media.

“Tiada guna banyak cakap. Nak trash talk silakan selepas tandatangani kontrak,” jelas Masvidal.

Masvidal kemudia berkata: “Saya rasa kerana dia ‘salty’ dan sebab tu dia meminta garam dan juga cuka dekat drive thru. Kerana saya tak pernah nak pesan benda macam garam dan cuka.”

“Sebab kentang goreng dan secukup rasa. Orang tu saja nak tunjukkan dia salty. Mungkin tahap salty dia dia adalah lebih tinggi daripada bumbung ni.”

“Hubungi Dana, beritahu pembantu kamu untuk hubungi Dana dan berikan kami nombor kamu.”

“Kalau nak merasak bontot kau kena sepak April ini, tutup mulut bro. Senang macam ni lah, kita atur pertarungan, kamu tandatangan sahaja kontrak tu, dan kemudian kita boleh bersembang sampah macam ni.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.