Bola sepak adalah sukan yang menyokong Fairplay dan semangat kesukanan. Ia bermaksud, persaingan yang adil adalah tunjang kepada sukan nombor satu di dunia ini.
Namun ada situasi pemain tidak ada masalah pun untuk mengambil kesempatan apabila lawan mereka berada dalam keadaan seperti cedera.
namun satu detik menarik berlaku di liga amatur di Turki di mana penyerang Ketelsporr iaitu Mehmet Kucukdurmus tidak mahu menjaringkan gol kerana pertahanan yang mengejarnya kekejangan otot.
Beliau melakukan perkara itu ketika beraksi berhadapan dengan Yataganspor.
Ketika Kucukdurmus menghampiri kotak penalti, beliau melihat pertahanan megalami kekejangan otot. Dengan segera Kucukdurmus menghentikan larian dan mengeluarkan bola.
‘Saya faham keadaan beliau’
Dalam temuramah dengan Goal, Kucukdurmus mendedahkan beliau sendiri pernah berdepan dengan masalah kecederaan sebegitu.
Lantas beliau sangat faham keadaan lawannya dan memutuskan untuk tidak menjaringkan gol daripada situasi seperti itu.
“Saya mengalami kecederaan yang serupa kira kira 6-7 bulan lalu. Dan saya tak dapat bermain selepas itu.”
“Apabila saya melihat dia terhincut-hincut seperti itu, ia terus mengingatkan memori saya kepada hari itu. Saya boleh menjaringkan gol dan tiada masalah pun dari segi peraturan.”
“Tetapi saya tak nak.”
Video Kucukdurmus yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi itu mendapat perhatian netizen seluruh dunia dengan jutaan tontonan.
Goal bertanya, apa pandangan beliau jika detik itu dicalonkan ke FIFA untuk anugerah Fairplay.
Beliau menjawab: “Saya tak meletakkan sebarang impian untuk memenangi anugerah fair-play atau yang lainnya.”
“Memenangi hati orang ramai lebih penting.”
Beliau juga menyatakan dia berimpian untuk bermain untuk kelab di tempat kelahirannya, Trabzonspor.
Lihat momen itu di sini:
Respect 👏🎩
🎥 @Kestelsporr & @mkucukdurmus9 pic.twitter.com/SRETJg55bh
— 433 (@433) June 12, 2020