Dua pemain senior Reds, James Milner dan Jordan Henderson, mempamerkan sikap profesional yang terpuji ketika menunggu pemain Chelsea di kaki tangga selepas anak buah Thomas Tuchel yang tewas dalam perlawanan akhir Piala Liga.
Henderson dan Milner merupakan kapten dan timbalan kapten untuk Liverpool. Mereka menunjukkan semangat fairplay kepada lawan mereka yang sugul kerana kalah dalam final.
Dalam perlawanan yang diadakan pada Ahad, kedua-dua pasukan terpaksa menghabiskan masa selama 120 minit tanpa sebarang jaringan dan dalam penentuan penalti yang penuh mendebarkan, Liverpool memenangi perlawanan akhir Piala Carabao 2011/2022 dengan kemenangan penentuan penalti 11-10.
Kepa Arrizabalaga, yang masuk menggantikan Edouard Mendy pada penghujung masa tambahan, gagal melakukan sepakan dengan baik selepas rembatannya melambung dan melepasi palang dan menyerahkan trofi Piala Liga kesembilan kepada Liverpool.
Seperti biasa, pasukan yang kalah akan mengambil pingat naib juara dari atas podium Wembley yang ikonik.
Sbelum Liverpool menjulang trofi terbaru mereka itu, kapten dan naib kapten Henderson dan Milner menunjukkan sikap profesional mereka.
Di mana pasangan itu dilihat menunggu di bawah tangga untuk berjabat tangan dan memeluk pemain-pemain Chelsea. Mereka sangat mesra dalam kemenangan dan mendapat pujian daripada peminat kerana semangat kesukanan mereka.
Kedua-dua mereka telah menunjukkan sikap kepimpinan yang terpuji semasa menjadi pemain dan sudah tentu sikap seperti itu wajar dicontohi oleh pemain pemain lain.
Ternyata pemain pemain Chelsea turut menghargai tindakan mereka itu.
Pure class from Jordan Henderson and James Milner 🤝
Two @LFC legends. #EFL | #CarabaoCupFinal pic.twitter.com/lbyk6eE6Bs
— Carabao Cup (@Carabao_Cup) February 27, 2022
Chelsea dan Liverpool telah beraksi dalam final berkelas tinggi. Di mana kedua dua pasukan mempamerkan aksi yang sangat sengit. Chelsea berpeluang untuk menjadi juara jika mereka menyempurnakan beberapa peluang keemasan. Begitu juga Liverpool, mereka juga berpeluang juara lebih awal tanpa menunggu sampai ke penalti.
Namun ternyata prestasi penjaga gol kedua dua pasukan sangat luar biasa.
Dalam penentuan penalti, kedua dua pasukan terus sengit bersaing sehingga kesemua 11 pemain mereka terlibat dalam penalti.
Liverpool melakukan penalti sempurna untuk 11 pemain mereka. Chelsea pula agak malang apabila Kepa Arrizabalaga melakukan rembatan tinggi. Dia dimasukkan untuk menjadi penyelamat penalti selepas reputasinya yang gah sebelum ini.
Namun berdepan Liverpool ternyata berbeza. Kepa gagal menangkap atau menepis kesemua 11 sepakan pemain Liverpool. Sebaliknya Kepa pula yang gagal dalam tugasannya untuk mengambil sepakan penalti.
Penjaga gol kedua Liverpool, Coimhin Kelleher dipilih menjadi penjaga gol final Liverpool. Ini selepas Klopp sebelum ini berjanji akan menurunkan Kelleher dalam final di Wembley selepas aksi cemerlang penjaga gol muda itu dalam saingan sebelum ini.