Masih ingatkah anda dengan cerita Ashley Young yang masuk ke dalam pejabat Ole Gunnar Solskjaer?
Ketika itu Ole baru sahaja menjadi pengurus Manchester United. Young menyatakan: “Ketika Ole tiba di Manchester United, saya terus merasakan aura Sir Alex Ferguson, dengan adanya Mike Phelan dan Michael Carrick bersama beliau.”
Tidak lama selepas itu, Young terus diberikan kontrak lanjutan oleh Solskjaer.
Dan Young mengulangi pujiannya lagi ketika Ole Gunnar Solskjaer masih pening memilih kapten pasukan. Tanpa disangka-sangka, Young diumumkan kapten utama mengatasi David De Gea.
Ashley Young reveals similarities between Solskjaer and Sir Alex Ferguson | @NeilMcLemanhttps://t.co/w0ZDoXUFo9 pic.twitter.com/euaeHikUb1
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 11, 2019
Ramai penyokong United sendiri menuduh Ashley Young sebagai kaki jek ataupun kaki kipas. Tetapi realitinya, Ashley Young jujur dalam kenyataannya.
Malah beliau memberikan perbandingan Sir Alex dengan Ole yang suka memberikan peluang kepada pemain muda seperti Greenwood.
Ashley Young mengulangi perkara yang sama pada November yang lalu.
🗣️ | "Since he came in it was like the boss had walked back through the door."
Ashley Young sees similarities between Ole Gunnar Solskjaer to Sir Alex Ferguson. #mufc pic.twitter.com/7JK4NekCqK
— Man United News (@ManUtdMEN) November 6, 2019
Siapa yang lebih kenal Sir Alex Ferguson melainkan pemain yang pernah bermain bersamanya seperti Ashley Young dan beberapa pemain lain.
Terbaru, bekas kapten Manchester United iaitu, Antonio Valencia menyatakan perkara yang sama. Valencia menegaskan, beliau masih lagi penyokong tegar Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United.
Valencia juga yakin Ole akan mampu untuk membawa kegemilangan semula ke Manchester United seperti mana era Sir Ale Ferguson. Beliau tidak berminat dengan idea menggantika Ole dengan Mauricio Pochettino.
“Ole adalah manusia yang tahu apa yang diperlukan seseorang pemain Manchester United. Mereka kena ada karakter, personaliti yang betul serta memiliki mentaliti kemenangan,” tegas Valencia kepada wartawan.
“United perlu kembalikan semua ini. Apabila Ole Gunnar Solskjaer tiba, beliau datang dengan gaya Ferguson dari segi taktikal, mentaliti dan membuatkan para pemain terpanggil untuk lebih komited serta lebih yakin.”
“Ketika kelab memberikan beliau kontrak tetap, itu ternyata apa yang pemain inginkan.”
“Anda kena faham, beliau baru di Manchester United sebagai pengurus, kurang setahun. Beliau sedang mendisiplinkan pasukan ini dengan falsafah Ferguson. Dan beliau mahu membawa falsafah ini kepada generasi baharu Manchester United.”
Valencia kemudian yakin, Solskjaer akan membangkitkan semula Paul Pogba seleopas ini.
“Pogba adalah pemain bintang namun beliau boleh menjadi bintang lebih besar. Ada ramai pemain yang berbakat besar namun mereka perlu merasakan diri mereka penting kepada pengurus dan juga pasukan.”
“Saya berpendapat, Ole Gunnar Solskjaer akan membangkitkan Paul Pogba.”
Manchester United akan berhadapan dengan Astana dalam kempen UEL. Ole sudah sedia memberikan peluang kepada lebih ramai pemain muda United.
Pada Disember, Manchester United akan berhadapan dengan 2 pasukan Big Six iaitu Tottenham yang dibimbing bekas pengurus mereka, Jose Mourinho dan juga Manchester City dalam derbi bandar Manchester.