Selepas Yeyen Claim 2 ‘Assist’ Semalam, Penyokong Indonesia Claim Safawi Rasid Asal Medan

Jurulatih Timnas Indonesia semalam telah memulakan ‘claim’ bahawa 2 ‘assist’ untuk gol Safawi Rasid adalah daripada pasukannya.

Yeyen Tumena percaya para pemainnya yang wajar dipuji kerana bermain mengikut taktikal dan strategi yang telah beliau rancang dan rencanakan.

Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia dalam aksi di antara 2 musuh utama di Asia Tenggara. Kedua-dua gol adalah menerusi Safawi Rasid.

Safawi Rasid beraksi cemerlang dan melayakkan beliau menjadi pemain terbaik peralwanan. Selain itu, pasukan Malaysia mendominasi perlawanan.

Namun di mata Yeyen Tumena, pasukannya, Indonesia yang berhak mendapat pujian kerana bermain mengikut rencana taktikal beliau.

Yeyen Tumena berkata: “Sebenarya, tim kita sudah bermain seperti apa yang direncanakan. Namun keputusan masa penuh adalah kerana kesilapan kita sendiri.”

“Di peringkat antarabangsa seperti ini, kita tidak boleh melengahkan usaha untuk mencipta peluang gol dan pasukan lawan mencetak gol daripada kesalahan kita.”

“2 gol pasukan Malaysia adalah hadiah daripada para pemain Indonesia.”

Peng’claim-an tidak terhenti di situ sahaja. Ini apabila ada penyokong Indonesia mendakwa Safawi Rasid merupakan anak jati Medan.

Sangat berbeza dengan ulasan Zainal Abidin Rawop yang menyatakan bahawa Safawi Rasid merupakan anak jati Terengganu dan berasal dari Dungun.

Pengguna akaun Indonesia Maju berkata: “Wkwkwkwk (gelak jahat).”

“Malingsial (maling = pencuri, sial = sial) gak punya pemain berkualitas”

“Safawi Rashid aja dibeli sama Malaydog. Safawi Rashid aslinya orang Medan. Tetapi dibeli oleh malingsial… gitu aja bangga wkwkwk.”

Ataupun dalam bahasa Malaysia:

“Hahahaha, 55555, Malingsial tidak mempunyai pemain berkualiti.”

“Safawi Rasid (bukan Rashid) sahaja, pun dibeli oleh Malaydog. Safawi Rasid asalnya orang Medan. Tetapi dibeli oleh Malingsial…. itu pun nak dibanggakan.. jajajajaja.”

Sebelum ini Malaysia sudah meneutralisasikan Mohamadou Sumareh. Adakah Safawi Rasid juga seperti Sumareh?

Ramai peminat Malaysia menganggap kenyataan itu sebagai kelakar dan tidak mengejutkan.

Secara tak langsung, hasil laga Malaysia dengan Indonesia selepas Safawi diclaim adalah

2 gol pemain Indonesia (Safawi Rasid)

2 assist daripada pemain Indonesia

Jadi, secara pantasnya, Indonesia menang 2-0. Mungkin perkara ini akan dibincangkan di FIFA?

Namun setakat ini tiada bunyi claim untuk penalti yang tak masuk tersebut dan hanya dibandingkan dengan Messi dan Maradona.

Malaysia juga tak melancarkan claim memberikan bantuan penalti kepada Indonesia.

Selain itu, Yeyen Tumena juga menyatakan mereka tewas kerana pasukannya serba pincan tanpa pemain utama dan pemain seperti Aidil cuba mengasari pemain muda berbakat mereka.

Malaysia kini terus menghidupkan peluang dalam  kempen kelayakan. Manakala Indonesia sudah buntuk dan tertutup pintu selepas 5 perlawanan dengan 5 kekalahan.

Namun kami semua percaya Indonesia benar-benar pasukan berkualiti dan akan menang dalam 3 baki perlawanan terakhir ini dengan jayanya.

Indonesia akan mendapat kesemua pemain terbaik mereka kembali selepas ini. Tanpa skuad pincang, pastinya UAE, Thailand dan Vietnam dalam masalah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.