Selepas Slippy Kante, Giliran Ian Wright Memperlekehkan Keraian Menjelir Lidah Azpilicueta

Aksi keraian Cesar Azpilicueta dengan menjelirkan lidahnya telah bertukar menjadi bahan jenaka apabila Chelsea gagal menang pada saat akhir perlawanan.

Apalagi yang Chelsea mahu daripada perlawanan ini?

Mereka bermain dengan kelebihan seorang pemain hampir sejam dalam perlawanan ini. Arsenal bermain dengan Xhaka di bek tengah, tanpa Aubameyang yang merupakan pemain terbaik mereka musim ini.

Chelsea dua kali mendahului dan dua kali kena hambat dengan Arsenal dalam perlawanan ini.

Chelsea mendahului menerusi Jorginho. Penalti yang diberikan pengadil selepas kekasaran kad merah oleh David Luiz. Bekas pemain Chelsea itu hanya mampu menerima sahaja hukuman pengadil dan beredar selepas menjatuhkan Tammy Abraham yang berada dalam kedudukan terbaik bak menjaringkan gol.

Bersambung babak kedua, Chelsea melepaskan gol dengan cara komedi tragik apabila N’golo Kante tergelincir di tengah padang dan membolehkan pemain muda Gabriel Martinelli melakukan pecutan dari bawah sehingga berhadapan dengan Kepa Arrizabalaga secara 1 lawan 1.

Gol itu berpunca daripada situasi bola mati yang dilakukan oleh pasukan Chelsea. Bola itu ditangguh keluar oleh Mustafi.

Dengan tenang pemain muda berusia 18 tahun itu menewaskan penjaga gol termahal dalam sejarah bola sepak setakat ini.

Chelsea terus bergelut sepanjang perlawanan untuk mendapatkan gol kedua perlawanan. Bermacam macam cara yang dilakukan. Tidak ubah seperti satu perlumbaan.

Chelsea akhirnya berjaya menjaringkan gol menerusi Cesar Azpilicueta. Yang melakukan tap in depan penjaga gol Arsenal. Langsung tiada peluang untuk Bernd Leno menafikan gol itu.

Lalu Cesar Azpilicueta meraikan gol, dengan menjelirkan lidahnya. Menyatakan bahawa Arsenal sudah pun dibunuh dalam perlawanan itu. Yakin sungguh Azpilicueta meraikan gol kerana perlawanan masih ada 6 minit sahaja.

Namun, tiga minit selepas itu harapan 3 mata itu berubah menjadi harapan palsu buat Chelsea.

Ini apabila pemain bek kiri Arsenal, yang juga kapten pasukan dari Sepanyol, sama macam Azpilicueta, telah menyamakan kedudukan. Lebih menghampakan, gol itu dilakukan dengan kaki lemahnya iaitu kaki kiri.

Sekali lagi penjaga gol termahal dunia ditewaskan.

Legenda Arsenal menggunakan kesempatan itu untuk mengejek keraian Cesar Azpilicueta yang menjelirkan lidahnya tadi.

Ia Wright dengan gembira dan savage sekali menunjukkan lidahnya terjelir jauh lebih panjang daripada Azpilicueta.

Chelsea baru sahaja diikat Arsenal yang beraksi 10 orang dengan skuad serba pincang. Dengan pemain handalan mereka slip pada gol pertama di hadapan penyokong mereka yang menjadi pencetus lagu Slippy Gerrard.

Lebih malang keraian ibarat nak menjilat aiskrim itu bertukar menjadi bahan jenaka.

Chelsea terlepas peluang keemasan sekali lagi untuk menjarakkan diri dengan pasukan di tangga kelima.

Selepas ini pasukan bimbingan Frank Lampard itu akan berhadapan dengan tugas lagi kita apabila bertemu dengan Leicester City.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.