Marcus Rashford musim ini terus membuktikan kenapa beliau berhak digelar pemain sensasi musim ini. Rashford menjadi pemain utama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
Solskjaer sendiri pernah memuji kualiti dan semangat Rashford di atas padang yang disifatkan beliau sebagai sangat penting untuk projek baharu di Old Trafford.
Dalam aksi menentang Newcastle United pada Boxing Day, Rashford menjaringkan 1 gol menerusi satu tandukan deras yang sangat cantik. Rashford menewaskan pertahanan dan penjaga gol.
Rashford menerima hantaran cantik daripada Aaron Wan-Bissaka. Rashford melonjak mengatasi pertahanan lawan dengan lompatan yang tinggi.
Sukar untuk mana mana pemain untuk menghadang tandukan tersebut. Lantas tandukan itu persis gaya Cristiano Ronaldo yang melonjak dan mengapungkan dirinya di udara untuk beberapa saat.
Rashford akhirnya berkongsi satu rahsia di mana beliau sebenarnya sedang berusaha memperbaiki tandukan beliau agar menjadi seperti Cristiano Ronaldo.
Ronaldo memang terkenal dengan teknik tandukan yang hebat dan memukau. Beberapa minggu lalu beliau melakukannya ketika berhadapan dengan Sampdoria.
Marcus Rashford yang sudah mendapat gelaran New Ronaldo daripada Ole. Ini selepas beliau melakukan sepakan percuma persis Ronaldo.
Rashford mahu melengkapkan pakej Ronaldo pada dirinya dan kini sedang berlatih untuk tandukan.
“Belum setaraf dengan lompatan Cristiano lagi. Namun (saya) sedang berusaha untuknya.”
Disusuli dengan emoji tergelak keluar air mata dan bisep tanda semangat.
Not quite @Cristiano jumping levels yet but working on it 😅💪🏿 pic.twitter.com/ggascWaONb
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) December 26, 2019
Manchester United menang 4-1 ke atas Newcastle. Anthony Martial menjaringkan 2 gol di hadapan penyokong United di Old Trafford.
Sementara itu, Mason Greenwood terus cemerlang dengan sumbangan satu gol yang cantik.
Rashford juga menyumbang satu gol. Musim yang menyaksikan Rashford sebagai penjaring utama Manchester United ketika ini.
Manchester United kini semakin hampir dengan tempat keempat. Ini selepas Chelsea mempersia siakan peluang untuk terus menjarakkan diri di tangga keempat.
Chelsea tewas mengejut di tangan Southampton di hadapan penyokong mereka sendiri.
Man United kini hanya 4 mata di belakang Chelsea. Solskjaer sudah melaungkan amaran kepada pesaing mereka sebelum ini bahawa mereka akan beraya ke Liga Juara-juara Eropah musim depan.
United bangkit menang ke atas Newcastle selepas aksi hambar ketika tewas di tangan Watford. Aksi yang disifatkan Solskjaer sebagai memalukan.
Namun ternyata para pemain United sangat komited untuk terus bangkit daripada kekecewaan tersebut. Ia membuktikan United adalah pasukan yang memiliki mentaliti kebangkitan yang tinggi.
Manchester United juga menerima perkhabaran gembira dengan kepulangan semula pemain tengah dari Perancis, Paul Pogba yang sudah dua kali bermain. Pogba masuk sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan terakhir United.
Ole Gunnar Solskjaer sememangnya menunggu pemain tengah berkelas dunia itu kembali semula bagi membangkitkan kembali kempen Setan Merah.