Sebelum sepak mula aksi Liverpool dan Manchester City, Vincent Kompany sudah kena panggang dengan Jose Mourinho.
Ini gara-gara beliau menganggap Liverpool tak cukup kuat mentaliti nak hadapi tekanan. Sambil Kompany menyatakan pasukan Man City tetap Juara England walaupun beberapa musim di belakang Liverpool pada awal persaingan.
Mourinho menempelak Kompany dengan menyatakan, beliau patut sedar Manchester City pasukan terbaik di England. Berbanding dengan Liverpool yang tidak ada duit sebanyak Man City. Namun Liverpool tetap tetap berjaya memberikan persaingan dan hampir juara, terutama sekali pada era Brendan Rodgers.
Mourinho juga tak setuju Kompany menuduh Liverpool tak ada mentaliti yang kuat. Kalau tidak kuat, takkan Liverpool menjadi juara Eropah.
“Jika reputasi memainkan peranan di sini, jika kamu juara England, mereka adalah juara Eropah, dan saya yakin mereka ada mentaliti kemenangan yang kuat.”
“You are the Champions of England, but they are the Champions of Europe” – Mourinho. https://t.co/e3oAqySqbK
— Kloppholic (@Kloppholic) November 10, 2019
Liverpool ternyata memiliki mentaliti kemenangan yang dimaksudkan oleh Mourinho dan mereka menang 3-1 ke atas City.
Dan selepas tamat perlawanan, Kompany menjadikan alasan kecederaan sebagai punca Man City bergelut dengan prestasi dan berada di belakang Liverpool.
Kali ini giliran Roy Keane pula membedal ulasan Kompany yang dianggap tak masuk akal.
Kompany berkata: “Manchester City agak tidak bernasib baik kerana kecederaan beberapa pemain utama. Rasanya jika Liverpool kehilangan mana-mana pemain utama mereka kerana kecederaan, mereka juga dalam masalah.”
Kean terus membangkang kenyataan iru. Roy Keane mengingatkan Kompany bahawa Liverpool juga berhadapan dengan krisis kecederaan pemain utama terutamanya penjaga gol sehingga mereka sanggup mendapatkan pemain seperti Adrian dan Lonergan secara mengejut.
Keane berkata: “Mereka kehilangan penjaga gol pada perlawanan pertama musim ini. Dan penjaga gol utama mereka tak bermain selama 8 perlawanan.”
Selain itu Liverpool turut kehilangan salah seorang bek tengah terbaik mereka 2 musim ini iaitu Joel Matip.
Manchester City mengalami kekalahan ketiga mereka musim ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris ketika bertandang ke Anfield Ahad lalu.
Namun Pep Guardiola tetap yakin mereka akan mengejar Liverpool dan pasukan yang di atas mereka.
Guardiola menganggap ia kekalahan bermaruah. Ini kerana para pemainnya telah menunjukkan semangat juang tinggi bermain di stadium paling sukar, menurut beliau.