Tammy Abraham tampil beri kenyataan berkait kekalahan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir Piala FA, dengan beliau telah diketepikan dari skuad utama The Blues ketika itu.
Walau memegang status sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan Piala FA, nama Tammy Abraham telah diketepikan oleh Thomas Tuchel ketika aksi perlawanan akhir.
Abraham sendiri menyedari bahawa beliau kekurangan minit permainan sejak kehadiran Thomas Tuchel menggantikan Frank Lampard pada Januari lalu.
Tammy Abraham is here at Wembley today even if he’s not in the matchday squad #FACupFinal pic.twitter.com/jgAZcNTkYa
— Adam Newson (@AdamNewson) May 15, 2021
Penyerang muda itu hanya turun sebagai pemula dalam empat perlawanan sahaja setakat ini, dengan kali terakhir beliau beraksi sebagai kesebelasan utama ketika bertemu Southampton pada 20 Februari lalu.
Selain empat kali diturunkan sebagai pemula, beliau hanya bermain sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan sahaja setakat ini.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, pemain berusia 23 tahun itu sama sekali tidak disenaraikan ketika aksi perlawanan akhir baru-baru ini.
Dan tidak hairanlah mengapa kekasihnya meluahkan rasa kecewa beliau dengan keputusan Thomas Tuchel mengetepikan Tammy Abraham dari skuad Chelsea.
Abraham sepertinya lebih bertenang menghadapi situasi ini dengan beliau telah memuat naik ucapan di media sosial miliknya, mengatakan kekalahan itu menyakitkan dan turut menyatakan mereka masih mempunyai urusan yang belum selesai.
It hurts but we still have unfinished business. Thank you for your support, good to have you back 💙 pic.twitter.com/PShZVW4U7g
— Tammy Abraham (@tammyabraham) May 16, 2021
Abraham berjaya menjaringkan empat gol dalam aksi saingan Piala FA musim ini, menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak bersama bintang Leicester City Kelechi Iheanacho, Gary Madine dari Blackpool, Alfie May dari Cheltenham Town dan Tom Nicholas dari Crawley Town’s.
Tiga dari empat gol tersebut berjaya dijaringkan ketika aksi pusingan keempat bertemu Luton, yang mana ketika itu beliau masih beraksi dibawah kendalian Frank Lampard.
Satu lagi gol adalah ketika beliau menjaringkan gol kemenangan menentang Barnsley yang mana ketika itu Chelsea sudah bermain di bawah kendalian Thomas Tuchel.
Tammy Abraham juga tidak beraksi dalam perlawanan di peringkat suku atau separuh akhir, jadi beliau sendiri tidak begitu terkejut namanya diketepikan dari skuad ketika aksi perlawanan akhir.
Here's every word from Thomas Tuchel's press conference. He discussed…
🔵 Reaction to #FACupfinal defeat
🔵 Return of Chelsea fans vs Leicester
🔵 Liverpool's victory yesterday
🔵 Tammy Abraham's future
🔵 Top-four race
🔵 Antonio Rudiger's futurehttps://t.co/qUHhD3TcjS— Adam Newson (@AdamNewson) May 17, 2021
Kekasih Abraham, Leah Monroe begitu bengang dengan keputusan Tuchel, dengan beliau ketika itu memuat naik status di laman instagram miliknya menyatakan:
“Entah bagaimana kamu boleh terfikir untuk membuat keputusan dengan mengetepikan penjaring terbanyak kamu dari skuad perlawanan akhir?”
“Orang yang sama yang menjaringkan gol untuk membantu pasukan kamu layak dalam pertandingan ini, ia langsung tak masuk akal.”
Tuchel sebaliknya lebih memilih untuk menurunkan Timo Werner sebagai pemain utama dan kemudian memasukkan Kai Havertz serta Olivier Giroud untuk mencari gol penyamaan dalam perlawanan tersebut.
Chelsea tewas 1-0 dalam perlawanan tersebut yang mana gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Youri Tielemans.
Kekasih kepada pemain kebangsaan England itu bukanlah satu-satunya individu yang tidak gembira dengan keputusan Tuchel, bahkan para peminat turut merasakan Abraham sepatutnya diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.
TAMMY ABRAHAM'S GIRLFRIEND HITS OUT AT THOMAS TUCHEL FOR LEAVING THE STRIKER OUT OF HIS SQUAD FOR FA CUP FINAL.
Honestly speaking, Tammy Abraham would have been more productive than wasteful and selfish Timo Werner.
I totally support her views pic.twitter.com/3TSwofChMO
— PoliticalForumG50 (@ForumG50) May 16, 2021
Selain dikritik kerana tidak menurunkan Abraham, Tuchel turut dikritik teruk kerana dianggap tidak menghormati Piala FA.
Beliau dianggap tidak menghormati Piala FA kerana turun dalam perlawanan tersebut dengan hanya memakai pakaian sukan dan bukannya suit seperti yang dilakukan oleh Brendan Rodgers.
Selain debaran menanti aksi perlawanan akhir saingan liga Juara-Juara bertemu Manchester City, Tuchel turut bimbang dengan kedudukan Chelsea dalam carta liga ketika ini.
Tammy Abraham's girlfriend blasts Thomas Tuchel in deleted Instagram ranthttps://t.co/792bXtqSJW pic.twitter.com/q0J7MnPBE1
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 15, 2021
Beliau tentunya mahu mencatat kemenangan ketika beraksi bertemu Leicester dalam aksi saingan liga, untuk memastikan agar the blues berjaya menamatkan kempen musim ini dengan berada di kedudukan empat teratas dalam carta liga.