Selepas Kehilangan Misteri, Sumareh Bakal Sertai Police Tero Di Thailand

Selepas dilaporkan hilang, diikuti oleh satu mesej penuh misteri, akhirnya pemain naturalisasi negara muncul dan menjelaskan apa yang berlaku terhadap dirinya.

Pemain kelahiran Gambia itu sebelum ini dibidas beberapa pihak yang tidak tahu perkara sebenar mengenai kehilangan dirinya secar tiba-tiba dari skuad Pahang ketika berhadapan JDT pada hujung minggu lalu.

Dan perkembangan terbaru menyatakan Sumareh bakal menyertai Polis Tero FC di Liga Thailand.

“Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara itu ketika ini kerana saya sudah cukup dibenci. Saya tidak mahu berkata apa-apa,” katanya kepada wartawan Stadium Astro.

Bagaimanapun, selepas dipujuk, bekas pemain sayap Pahang itu akhinya membuka mulut mengenai statusnya ketika ini.

“Selepas semua yang berlaku ini, saya tidak mahu memberikan komen.

“Bagi menghormati Pahang, saya tidak mahu berkata apa-apa. Saya hanya akan bercakap apabila waktunya telah tiba.

“Bagi menghormati bekas pasukan saya, tiada apa untuk saya bicarakan.

“Sesetengah penyokong masih amat baik dengan saya. Mereka memberikan sokongan kepada saya dengan mesej-mesej yang amat baik dan amat memahami.

“Sesetengah yang lain membenci saya dengan komen-komen yang amat buruk.

“Tetapi itulah hidup, bukan semuanya berpihak kepada anda.

“Adakalanya anda melalui waktu yang indah dan adakalanya waktu yang buruk.

“Saya kira ini adalah watu yang buruk buat saya.

“Insya-Allah segalanya akan pulih tidak lama lagi.

“Buat masa ini, saya hanya mahukan perkara ini reda dan saya mahu fokus kepada diri saya.

“Saya mahu bersama keluarga saya dan kita akan lihat apa yang bakal berlaku,” katanya lagi.

Sumareh dipercayai bertindak sedemikian rupa dan mengambil keputusan meninggalkan Pahang selepas gaji beliau tidak dibayar oleh majikannya itu.

Timbul satu kenyataan di media sosial bahawa kontrak beliau bersama pasukan Tok Gajah terbatal selepas klausa 8.7 diaktifkan.

Menurut artikel dari Vocket FC, kontrak ini  boleh ditamatkan tanpa apa-apa kesan(sama ada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan) jika Pemain tidak menerima gajinya lebih dari satu kali. Pemain mesti:

  • Setelah tidak dibayar gaji lebih daripada satu kali, Pemain akan menulis surat kepada Setiausaha Kelab atau Pengurus menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak.;
  • Selepas menyatakan hasratnya untuk menamatkan kontrak, Pemain berhak untuk berunding dengan mana-mana kelab baru, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada Kelab semasa. Dalam kes sedemikianm Kelab akan melepaskan Pemain ke Kelab Baharu dan melepaskan sijil perpindahan pemain (SPN) tanpa syarat sebaik sahaja kontrak itu ditamatkan dan tiada pampasan atau bayaran pemindahan lanjut boleh dikenakan kepada Kelab Baharu.

Sekiranya benar maka bagaimana Sumareh boleh dipersalahkan?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.