Selepas Kalah, Manchester City Dijadikan Bahan Kelakar Oleh Sociedad

Real Sociedad hanyalah kelab kecil di Sepanyol. Namun mereka telah mengambil keputusan untuk membahan kelab yang baru menjadi kaya raya dan kuasa baru Eropah iaitu Manchester City.

Bukan hari yang bagus untuk Manchester City, apabila semalam mereka tewas 2-3 di tangan Wolves walaupun sudah mendahului 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Ini juga merupakan kekalahan kedua Manchester City di tangan Wolves dalam saingan liga pada musim ini.

Man City terpaksa bermain 10 pemain kerana Ederson dibuang padang seawal minit ke-12.

Raheem Sterling menjaringkan 2 gol dalam aksi ini. Beliau turut terpaksa melakukan 2 kali penalti, namun kedua-duanya diselamatkan Rui Patricio, mujur yang kedua beliau berjaya melakukan tindakan susulan dengan menghasilkan gol.

Adama Traore dan Raul Jimenez masing masing mencetak 1 gol dan mencipta satu assist dalam perlawanan ini. Gol kemenangan Wolves adalah menerusi Doherty.

Di hari Sabtu yang indah ini, Real Sociedad telah mengumumkan bahawa pemain bintang dari Norway mereka, Martin Odegaard sah menyertai Manchester City secara pinjaman.

Pemain berusia 21 tahun itu cemerlang pada musim lalu dan menarik perhatian seperti Ajax. Namun Real Madrid enggan menjual pemain itu ke Ajax. Real akhirnya memutuskan untuk meminjamkan Odegaard ke Real Sociedad.

Beliau terus cemerlang di dalam tempoh pinjaman di Sociedad pada musim ini.

Sociedad umum Odegaard ke City

Sociedad dalam kenyataan rasmi mereka berkata: “Real Sociedad telah pun mencapai kesepakatan dengan Manchester City untuk perpindahan secara pinjaman Martin Odegaard,” jelas Sociedad dalam kenyataan rasmi.

“Odegaard akan terus bersama City sehingga akhir musim ini. Kelab ingin merakamkan penghargaan di atas bakti yang cemerlang oleh Martin.”

“Beliau telah mempamerkan profesionalisme terpuji, dedikasi, dan kesetiaan kepada kelab ini dan kami ucapkan yang terbaik untuk masa depan beliau.”

“Kami terpaksa mengambil keputusan sukar ini, bagi mengelakkan sebarang kenyataan media pada enam bulan akan datang. Leganya.”

Ramai juga yang termakan dengan umpan yang dipasang oleh Real Sociedad. Kecuali saya sebagai seorang penulis yang bijaksana.

Mana tidaknya, Real Sociedan menggunakan akaun media sosial rasmi mereka.

Sebenarnya itu hanya gurauan. Di Sepanyol mereka ada hari yang sama dengan April Fool. Namun ia pada 28 Disember disebut Fool’s Day.

Hari di mana prank dan lawak jenaka sesama mereka. Sociedad memilih untuk meraikannya dengan gaya rentas sempadan dengan kelab Inggeris.

Mungkin bukan hari yang tepat dipilih untuk Real Sociedad bergurau dengan pasukan bimbingan Pep Guardiola yang kini 14 mata di belakang Liverpool dalam carta liga.

Manchester City kelihatan dalam kedudukan sukar untuk mempertahankan kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut dalam sejarah kelab mereka.

Manchester City akan berhadapan dengan Sheffield United selepas ini di Etihad.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.