Aksi Malaysia dan Indonesia dicemari dengan insiden penyokong membaling suar. Suar merupakan barang yang dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.
Malaysia melayan kunjungan Indonesia dalam aksi ke-5 Kelayakan Piala Asia /Dunia untuk kumpulan G. Ianya adalah pertemuan panas derbi serumpun di antara kedua dua pasukan.
Indonesia ataupun Garuda dalam misi mencari mata pertama dalam kelayakan ini. Manakala Malaysia pula mahu terus menghidupkan perjuangan dalam kelayakan kali ini selepas menewaskan pasukan Thailand sebelum ini.
Indonesia kalah kesemua 4 perlawanan awal mereka.
Dalam aksi separuh masa pertama di antara Malaysia dan Indonesia, pasukan kebangsaan menamatkan separuh masa pertama 1-0 menerusi Safawi Rasid.
Bintang JDT itu melakukan gol dengan kepakaran beliau.
Malaysia in the lead vs Indonesia after amazing free kick by Safawi ! Yay pic.twitter.com/5lvVz1v33j
— Melissa Goh (@MelGohCNA) November 19, 2019
Safawi melakukan sepakan percuma tepat ke gawang pada minit ke-30. Penjaga gol Indonesia tidak sempat memberikan reaksi kepada gol itu. Malaysia di hadapan dengan disorak sorai puluhan ribu penyokong di Stadium Bukit Jalil.
Namun malangnya ada seksyen penyokong pelawat, penyokong Indonesoa yang telah membaling suar kepada penyokong Harimau Malaya.
Pegawai keselamatan bertindak pantas untuk mengelakkan insiden yang lebih teruk dan tak diingini berlaku.
Para penyokong membaling suar itu sebaik sahaja gol pendahulu Safawi Rasid. Mereka jelas sekali tidak menghormati prosedur keselamatan di dalam stadium.
Penyokong Indonesia membaling beberapa suar ke arah penyokong Malaysia sebaik saja Malaysia menjaringkan gol pertama pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.#BHSukan #PialaDunia2022 / #PialaAsia2023 pic.twitter.com/nMId7Tjn1W
— Berita Harian (@bharianmy) November 19, 2019
Keadaan menjadi agak panas dengan beberapa penyokong mulai bangun dan marah dengan apa yang berlaku.
Sepanjang hari ini para petugas keselamatan menjaga keselamatan penyokong sebelum masuk ke stadium.
Diharap tiada perkara yang tak diingini berlaku dan tiada kemalangan dan kecederaan yang serius. Dan diharap para petugas keselamatan dapat mengawal keadaan sebaiknya sepanjang perlawanan ini.
Rekod pertemuan antara Malaysia dan Indonesia nyata memihak kepada pasukan negara jiran itu dan sememangnya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan sentiasa menjanjikan aksi panas malah ada yang menyebabkan rusuhan. Kat tempat diaorang la.
Indonesia mencatatkan 37 kemenangan dengan kelebihan 4 kemenangan berbanding Malaysia. Menurut fakta menarik daripada FAM :
1. Dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil menyaksikan Malaysia menang 3-0 pada Final 1 Piala Suzuki AFF 2010 dan menang 2-0 pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2012.
2. Kekalahan terakhir Malaysia kepada Indonesia di gelanggang sendiri hanyalah 14 tahun yang lalu iaitu Separuh Akhir 2 Piala Tiger 2004/2005 apabila tewas 4-1 kepada Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari 2005.
Siapakah yang akan menang dalam aksi pada malam ini? Kedua dua pasukan pastinya tak mahu tewas dalam aksi derbi serumpun ini.
Di atas padang pada separuh masa pertama Malaysia tampak pasukan lebih baik dengan Indonesia lebih banyak bertahan dan cuba menyerang balas.
Malaysia juga lebih menguasai bola. Namun Indonesia tetap memiliki beberapa peluang gol yang gagal mereka sempurnakan.