Beberapa bulan lalu, Jose Mourinho memuji VAR dan membidas mereka yang tak sukakan VAR.
Ketika itu Mourinho menyatakan, pihak yang tidak suka VAR ibarat mereka yang mencuri. Hanya pencuri yang tidak sukakan kamera keselamatan.
Beliau menyatakan perkara itu ketika menjadi pundit, selepas dipecat oleh Man United.
Beliau berkata: “Hanya pencuri yang membantah pengenalan kamera keselamatan.”
💬 Jose Mourinho on VAR:
“Only thieves can complain about the introduction of security cameras.”
😂 You can always count on him to make some sort of witty comment. pic.twitter.com/Xo9iuwRRQi
— Oddschanger (@Oddschanger) August 22, 2019
Ketika itu ramai yang menganggap Mourinho memberikan komen masterclass.
Dan kurang setahun kemudian, Mourinho mengubah pendiriannya dengan menyatakan VAR sebagai perosak kepada bola sepak.
Mourinho juga melabel VAR adalah ancaman kepada liga terbaik di dunia, kerana ia boleh membunuh keseronokan orang menikmati Liga Perdana Inggeris.
Mourinho meroyan sebegitu selepas pasukannya tewas 2-0 di tangan Chelsea dan pemain antarabangsa Korea Selatan dikenakan kad merah kerana menapak Antonio Rudiger di rusuk, selepas tinjauan menerusi VAR.
VAR turut memberikan penalti kepada Chelsea selepas Marcos Alonso dikasari Gazzaniga, walaupun awalnya pengadil memberikan foul kepada Spurs kerana Alonso dilihat merempuh penjaga gol.
Mourinho angered by Son's red card VAR decision. DECEMBER 23, 2019 (c) 2019 Reuters [SOCCER-ENGLAND-TOT-CHE/VAR] (STREAM-700-16X9-MP4) pic.twitter.com/DrOL7cYevn
— chris and the Fippos (@dotfip) December 23, 2019
Mourinho mengesahkan bahawa pihak Spurs akan membuat rayuan agar kad merah itu ditarik balik.
Mourinho merasakan Son Heung Min menjadi mangsa lakonan Antonio Rudiger. Namun Mourinho tetap bersimpati dengan Rudiger kerana serangan perkauman diterimanya.
Mourinho says Rudiger play-acted to get Son sent off… and Rudiger should face punishment https://t.co/MEqBf7w6A2
— Telegraph Football (@TeleFootball) December 23, 2019
Ditanya sama ada Son berhak menerima kad merah itu, Mourinho berkata: “Rasanya fokus harus kepada Rudiger, bukan Son.”
Mourinho juga menyindir Rudiger dan berharap rusuknya tidak patah kerana rempuhan itu.
Pengadil, Anthony Taylor awalnya tidak melihat Son menapak rusuk Rudiger. Namun selepas melihat menerusi VAR, beliau memberikan Son Heung Min kad merah.
“Situasi melibatkan Son, mereka silap dalam pengadilan. Ianya pengadilan tak betul. Ini England, EPL, liga paling kompetitif di dunia. Dengan karakteristik yang ada seperti itu, jika kita cuba mengubahnya, kita akan membunuh liga terbaik di dunia ini.”
Jose Mourinho mengutuk pengadil VAR iaitu Paul Tierney yang campur tangan dalam insiden Son Heung Min. Sedangkan pengadil utama ada 5 meter berdekatan ketika itu.
“Paul Tierney menentukan keputusan menerusi bilik VAR dan Anthony Taylor, ada di situ, hanya 5 meter dari insiden, awalnya dia tidak rasa itu kad merah.”
“Jadi sekarang ini, siapa pengadil? Taylor, bukan Tierney.”
“VAR ni sepatutnya menyokong bola sepak dan membawa kebenaran keada penonton. Dan mereka membunuh perlawanan itu dengan memberikan penalti dan kad merah kepada Son.”
“Son melakukan foul yang tidak signifikan. Itu bukan kad merah tetapi hanya kad kuning.”