Harry Maguire telah dibuang padang ketika dalam aksi perlawanan untuk England menentang Denmark dalam saingan Nations League.
Bekas pemain Leicester City itu mempamerkan aksi buruk sebelum beliau menerima kad kuning kedua pada minit ke-31 perlawanan.
Ketua pasukan Manchester United itu telah diberi amaran awal oleh pengadil selepas beliau mengasari Yussuf Poulsen seawal minit ke-5 perlawanan.
Harry Maguire is sent off for England. pic.twitter.com/OXRYnMwYhY
— Goal (@goal) October 14, 2020
Skuad kendalian Gareth Southgate dilihat terlalu gopoh dan longlai di awal-awal minit perlawanan dan Denmark dilihat lebih banyak merencanakan serangan ke arah gawang gol the three lions itu.
Pada minit ke-31, Harry Maguire gagal menahan kemas hantaran dari rakan sepasukannya lalu bola tersebut muntah dan dikejar oleh Kasper Dolberg.
Maguire yang dilihat terdesak ketika itu telah melakukan terjahan keras keatas Kasper dan menyebabkan beliau dilayangkan kad kuning kedua lalu dibuang padang.
Sebagai pemain berpengalaman, Harry Maguire sebenarnya tidak patut dan tidak perlu melakukan terjahan melulu begitu.
Harry Maguire and Reece James received red cards as England endured a miserable night against Denmark.
Report: https://t.co/Mk5VDB72oT pic.twitter.com/fp2dUj4Tqz
— BBC Sport (@BBCSport) October 15, 2020
Pengadil perlawanan Jesus Gil Manzano tidak berfikir panjang dan terus melayangkan kad kuning kedua kepada Harry Maguire.
Tidak lama selepas itu, giliran Kyle Walker pula memberikan sepakan penalti kepada Denmark selepas beliau mengasari Thomas Delaney dalam kotak penalti England.
Christian Eriksen dengan cemerlang menyempurnakan sepakan penalti itu menewaskan Pickford dan membawa Denmark mendahului perlawanan.
Para peminat di media sosial terus memberikan kritikan kepada aksi buruk yang dipamerkan oleh Maguire dalam perlawanan ini.
Ada juga peminat yang meminta supaya Maguire direhatkan kerana bimbang pemain itu terlalu tertekan dan kerana itulah beliau tidak mampu untuk memberi tumpuan.
Harry Maguire saw red as England were beaten 1-0 by Denmark at Wembley to fall from top spot to third in their Nations League group
— Sky Sports (@SkySports) October 15, 2020
Maguire memulakan kempen saingan liga musim ini juga dengan rentak persembahan yang teruk dan beberapa kali menjadi punca gawang gol United dibolosi.
Kehilangan Maguire menyebabkan Gareth Southgate terpaksa membawa masuk Tyrone Mings untuk menggantikan Ainsley Maitland Niles yang membuat debut penuhnya untuk skuad antarabangsa bersama Reece James.
Namun sayangnya untuk Reece James beliau telah dilayangkan kad merah dihujung perlawanan.
Kekalahan ini menyebabkan England kini berada dikedudukan ketiga dalam kumpulan dengan mengumpul tujuh mata dari empat perlawanan.
Gareth Southgate says he 'fully supports' Harry Maguire after his sending off in their loss against Denmark.
"He'll come through it, he'll be a better player and a stronger man for it.
"…we fully back him, we fully support him."#ThreeLions #ENGDEN pic.twitter.com/zz41duVaJ0
— SBOTOP (@sbotopofcl) October 15, 2020
Pengurus England Gareth Southgate memberikan kata-kata semangat kepada ketua pasukan Manchester United itu dalam temu bualnya selepas tamat perlawanan dengan menyatakan:
“Dia mampu untuk melaluinya, dia akan menjadi pemain yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih hebat.”
“Kami sentiasa di belakang dia dan kami sentiasa menyokong kerjaya dia.”