Selain Hatrik, Sikap Ronaldo Melayan Penceroboh Padang Sentuh Hati Ramai Netizen

Cristiano Ronaldo melalui minggu yang sukar di Itali. Beliau dikritik beberapa media selepas kontroversi menunjukkan reaksi marah ketika dikeluarkan dalam aksi menentang AC Milan.

Itu merupakan kali kedua berturut-turut beliau dikeluarkan oleh Maurizio Sarri. Ronaldo dikatakan meninggalkan stadium Allianz Juventus dengan lebih awal.

Maurizio Sarri menjadikan alasan pemain itu kelihatan tidak cukup bagus dari segi kecergasan. Itu yang membuatkan beliau dikeluarkan.

Namun Ronaldo membuktikan beliau memang di paras kecergasan optimum. Semalam dalam aksi kelayakan Euro 2020, Ronaldo melakukan hatrik ke atas Lithuania.

Ronaldo melebarkan hatrik beliau kepada 55 sepanjang kariernya. Beliau juga melakukan satu sepakan lencong yang sangat cantik.

Itu juga adalah hatrik antarabangsa yang kesembilan oleh pemain legenda Portugal itu.

Selain dariaada Ronaldo, pemain lain iaitu, Pizzi, Paciencia dan Bernardo Silva turut dalam senarai penjaring untuk memastikan Portugal menang 6-0.

Tidak hanya sekadar memenangi hati peminat Portugal, Ronaldo memenangi hati peminat seluruh dunia.

Ini apabila Ronaldo mengarahkan pegawai keselamatan Stadium agar tidak mengasari seorang penceroboh padang tersebut.

Ronaldo meminta gar pengawal membenarkan penceroboh itu menghampirinya.

Penceroboh padang itu memakai jersi Juventus dengan nama Ronaldo. Dan mahu berselfie dengan idolanya itu.

Ronaldo menghentikan pengawal keselamatan dan menuruti permintaan peminatnya itu. Selepas berselfie, penceroboh padang itu diiringi keluar padang.

https://twitter.com/i/status/1195091632443600902

Sikap rendah dirinya kepada peminat memang sudah diketahui umum. Beliau memang sentiasa cuba meluangkan masa dengan peminat jika ada kesempatan.

Selepas berselfie dengan peminatnya itu, Ronaldo terus berpelukan dengan peminatnya. Peminatnya itu tidak dapat menahan sebak dengan apa yang berlaku.

Di atas padang Ronaldo terus membuktikan kehebatannya. Sekaligus menjawab kritikan dan persoalan ke atas kemampuannya.

Pada usia 34 tahun, Ronaldo kini sudah menjaringkan 30 gol dalam 13 tahun berturut-turut. Dan kini Ronaldo meningkatkan angka jaringan antarabangsanya kepada 98 gol.

Itu juga membuatkan ramai tersentuh dan kagum dengan dedikasi dan kualiti Cristiano Ronaldo yang terus menjadi pemain penting untuk negaranya.

Beliau sudah membantu Portugal memenangi Euro dan juga Piala Liga Negara-Negara Eropah.

Ronaldo masih belum menunjukkan tanda-tanda beliau akan berhenti daripada bola sepak dalam masa terdekat.

Kempimpinan beliau juga sentiasa menjadi motivasi para pemain lain di atas padang.

Hanya 11 gol dibezakan dengan legenda Iran, Ali Daei yang masih kekal penjaring terbanyak di peringkat antarabangsa dengan 109 gol.

Kemenangan itu juga membolehkan Portugal menghampiri Euro 2020 dan mempertahankan kejohanan yang mereka menangi pada 2016.

Portugal kini bersaing dengan Serbia untuk mengiringi Ukraine melepasi kelayakan kumpulan B. Porutugal hanya perlu menang dalam perlawanan selepas ini untuk mengesahkan kemaraan mereka.

Ini mungkin Euro terakhir untuk Ronaldo. Namun siapa tahu? Kerana sebelum ini beliau pernah berkata, boleh bermain sehingga usia 40 tahun.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.