Sekurang-kurangnya Empat Pemain Chelsea Diuji Positif Covid-19

Sekurang-kurangnya empat pemain Chelsea didapati positif Koronavirus selepas disaring dan kesemua mereka kini sedang menjalani sesi kuarantin.

Kesemua pemain yang diuji positif itu tidak dapat meneruskan sesi latihan mahupun mengikuti pasukan untuk perlawanan pra musim kerana perlu dikuarantinkan.

Skuad kendalian Frank Lampard akan kembali pulang minggu ini untuk persediaan kembalinya sepak mula saingan liga Perdana Inggeris musim baru.

Namun menurut laporan dari Daily Mail, segala persiapan mereka agak terganggu dengan isu beberapa pemain pasukan di sahkan positif Koronavirus.

Chelsea tidak mendedahkan empat pemain yang disahkan positif tetapi apa yang pasti mereka mempunyai beberapa pemain yang kini sedang menjalani proses kuarantin mengikut saranan pihak kerajaan.

Menurut laporan dari The Sun pula, kesemua empat pemain Chelsea Mason Mount, Tammy Abraham, Christian Pulisic dan Fikayo Tomori kini sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Hal ini kerana keempat-empat pemain tersebut baru sahaja pulang dari bercuti bersama-sama di kepulauan MyKonos.

View this post on Instagram

The boys ☀️

A post shared by Tammy Abraham (@tammyabraham1) on

Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada keempat-empat pemain tersebut tidak kembali ke padang latihan kerana ada kaitan dengan wabak tersebut atau mereka sekadar menjalani sesi kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Kesemua pemain diwajibkan menjalani saringan untuk wabak Koronavirus minggu lalu untuk persiapan memulakan kembali saingan liga bola sepak.

14 pemain dari 12 kelab dalam saingan premier league sudah pun disahkan positif.

West Ham United, Brighton dan Sheffield United antara kelab yang mempunyai pemain yang sudah disahkan positif.

Mount dan Abraham juga perlu menjalani proses kuarantin selepas nama mereka tersenarai dalam skuad kebangsaan England di bawah kendalian Gareth Southgate.

Mereka harus dikuarantinkan sebelum bersama 22 pemain lain untuk skuad kebangsaan England bagi menghadapi saingan UEFA Nations League nanti.

The Theee Lions akan bertemu dengan Iceland pada sabtu 5 September dan kemudian mereka akan bertemu skuad kebangsaan Denmark pula pada 8 September.

Sementara itu Chelsea pula dijadualkan akan bertemu Brighton dalam perlawanan persahabatan pra musim di Amex Stadium pada sabtu nanti.

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk membenarkan sebilangan kecil penonton masuk menonton perlawanan di dalam stadium, 2500 penyokong akan dibenarkan untuk menonton perlawanan tersebut dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Kemungkinan Hakim Ziyech dan Timo Werner akan melakukan debut mereka dalam perlawanan tersebut untuk skuad the blues.

Pastinya ramai peminat yang begitu teruja untuk menyaksikan gandingan serta persembahan dari Chelsea selepas mereka menjadi antara pasukan yang paling banyak menandatangani pemain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.