Kerana Discam Ole Sekali Lagi, Ferdinand Tidak Meraikan Apa-Apa Kali Ini

Rio Ferdinand merupakan legenda Manchester United yang berdiri kuat di belakang Ole Gunnar Solskjaer.

Bukan sebab dia nak melobi jawatan pegawai HR di United, atau apa, sebab beliau sendiri sudah ada karier sedap.

Ferdinand merupakan orang yang telah melobi pengurusan Manchester United disaksikan jutaan manusia di bumi ini, ketika beliau menyuruh Manchester United memberikan kontrak terus.

Selepas kejayaan Manchester United bangkit menewaskan Paris St. Germain, Rio Ferdinand dengan riang gembira berkata:

“Man United mungkin tak akan mengucapkan terima kasih kepada saya. Namun, keluarkan kontrak, letakkan atas meja, bagi dia (Ole) tandatangan, biarkan dia sendiri tulis berapa banyak angka  gaji yang dia mahukan, nak letak kat situ — hadiahkan kepadanya, selepas apa yang dia lakukan sejak tiba — dan biarkan dia sign kontra tu dan pergi.”

“Ole dekat stereng brader — dia sedang melakukan kerjanya. Manchester United sudah kembali!”

Dan beliau sangat gembira apabila mendapat tahu Ole benar-benar diberikan kebenaran berada di stereng kenderaan Manchester United.

Namun selepas itu, Ole menjadi pengurus tetap Man United yang paling rendah ratio kemenangan.

Itu bukan kali pertama Ole scam Ferdinand.

Dalam aksi berhadapan dengan Liverpool. Ole memberikan harapan kepada semua penyokong United termasuk Ferdinand bahawa beliau sudah tahu rahsia Liverpool yang ada dalam koceknya.

Ferdinand Termakan Manifesto Ole

Ferdinand memuat naik satu video kata kata semangat. Yakin United akan menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool.

Ini kerana mereka pernah buat dekat Arsenal sebelum ini.

“Manchester United menentang Liverpool. Perlawanan pertama yang saya akan cari, sebaik sahaja jadual perlawanan dikeluarkan pada musim panas.”

“Siapa yang ada dalam pasukan mereka musim ini, siapa yang mereka telah beli.”

“Bagaimana cara mereka bermain, bagaimana dengan form lawan, di mana kelemahan mereka.”

“Saya sangat sukakan perlawanan ini ketika bergelar pemain. Tewaskan mereka Anfield dan mendapat keputusan yang kita mahukan.”

“Tewaskan mereka di Old Trafford dan dapat keputusan yang kita mahukan.”

“Kalah dalam perlawanan ini…..huhhhh… ianya hari yang anda tak suka kalah dengan Liverpool.”

“Saya sebahagian daripada pemain yang bermain dalam pasukan yang menamatkan rekod tanpa kalah Arsenal, pasukan The Invincibles.”

“Wayne Rooney.”

“Namun siapakah pemain yang akan menjadi ‘beliau’ (Rooney) minggu ini, siapakah yang akan menjadi beliau kali ini.”

“Untuk menghentikan pasukan yang tak terkalah, untuk menghentikan pasukan yang invincibles.”

“Marcus (Rashford), kamukah orangnya? Mason (Greenwood), kamukah orang itu? Anthony Martial, adakah kamu orangnya?”

“Ayuh brader, berikan saya sesuatu untuk saya raikan, berikan saya sesuatu untuk saya jeritkan.”

“Tolonglah, kamu boleh menjadi orang itu.”

“Cuma kamu harus percaya.”

Malang sekali, apabila kesemua nama yang disebut oleh Ferdinand tidak mampu memberikannya tawa dan jeritan keraian.

Marcus Rashford cedera. Mason Greenwood diletakkan Ole di bangku simpanan kerana perubahan formasi untuk lebih defensif. Beliau masuk pada separuh masa kedua.

Anthony Martial gagal beraksi baik.

Namun kekalahan dan janji Ole yang tak boleh pakai itu membuatkan Ferdinand tidak meraikan apa-apa.

Malah, sudah 24 jam, tiada langsung cerita pasal perlawanan Manchester United semalam daripada beliau.

Ole Cakap Tahu Cara Kalahkan Liverpool

Taktikal Ole jelas sekali tidak seperti yang beliau janjikan. Sebelum perlawanan Oleh menegaskan beliau sudah menemui formula untuk bermain berhadapan dengan Liverpool.

Beliau sifatkan penemuan formula itu sebagai: Cara menewaskan Liverpool dengan sangat baik / ‘nice way of playing’ against Liverpool’.

Ole mengingatkan wartawan bahawa mereka sebelum ini menjadi satu satunya pasukan yang berjaya membuatkan Liverpool keciciran mata di Old Trafford ketika seri 1-1, dalam aksi pada Oktober tahun lalu.

Menurut Ole, ketika itu pasukannya tidak sebagus yang ada pada hari ini. Di mana, pada sekarang ini Manchester United sudah menemui rentak permainan mereka.

Ole menyatakan perkara itu ketika diminta memberikan komen tentang perlawanan aksi menentang musuh abadi mereka iaitu Liverpool di Anfield.

Rahsia Liverpool dalam kocek Ole

Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan perkara tersebut, sebaik sahaja Manchester United menang ke atas Wolves dalam aksi Piala FA.

 

Ole  berkata: “Memanglah ini perlawanan yang sukar. Saya sudah berhadapan Liverpool dua kali, dan kedua-duanya kami berjaya seri.”

“Dah tentu kamu mahu menang ke atas mereka. Namun saya rasa kami sudah menemui cara baharu untuk bermain dengan mereka dengan sebaik mungkin. ”

“Dan kami juga selayaknya mendapat mata dalam 2 pertemuan dengan mereka sebelum ini.”

Ole mahu mempamerkan formula beliau itu dalam aksi pada Ahad ini dan mahu menewaskan Liverpool di hadapan penyokong mereka sendiri di Anfield.

Ole: Pasukan kami patut lebih dihormati

Sebelum ini, Ole telah meminta wartawan agar memberikan lebih kredit kepada pasukan muda mereka.

Ini selepas media hanya pandai memuji Liverpool ketika pasukan itu menang ke atas Everton dengan skuad kedua mereka yang muda.

Ole Gunnar Solskjaer, tidak gembira dengan media yang tidak memberikan pujian kepada pasukannya. Sedangkan Manchester City pun gerun dengan kualiti Man United

Liverpool menang 1-0 ke atas Everton dalam saingan Piala FA dengan jaringan cantik oleh Curtis Jones.

Solskjaer, menyuruh orang menyemak purata umur pasukan yang beliau gunakan pada musim ini di EPL dan bandingkan dengan pasukan Liverpool pada hari itu.

Menurut Ole, beliau menggunakan pasukan  lebih muda daripada Liverpool dengan menurunkan pemain muda seperti Marcus Rashford, Mason Greenwood serta Brandon Williams, yang kini bermain sebagai pemain regular.

Selain itu, United juga menjadikan pemain muda seperti Wan Bisaka dengan Daniel James, sebagai sandaran mereka musim ini, dengan diturunkan dalam banyak perlawanan.

Solskjaer menganggap media pilih kasih dan tak memuji skuadnya, tetapi hanya memuji pasukan Liverpool.

Ole merasakan skuad mudanya berhak untuk mendapat lebih pujian daripada apa yang diterima mereka ketika ini.

Ole berkata: “Semua orang teruja dengan pasukan  muda Liverpool yang menang ke atas Everton.”

“Sedangkan pasukan muda kami adalah paling muda, purata umurnya bermain dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.”

Manchester United akan berhadapan dengan Wolves dalam aksi timbal balik Piala FA berhadapan dengan Wolves, pada pusingan ketiga.

Ini selepas kedua duanya seri tanpa jaringan dan perlawanan pertama sebelum ini.

Selain daripada itu Ole juga menegaskan pasukan muda beliau digeruni lawan. Contohnya Manchester City menurunkan skuad terkuat mereka untuk berhadapan dengan mereka dalam aksi Piala Carabao, separuh akhir.

Ole Gunnar Solskjaer berkata: “”Apabila kamu bermain berhadapan dengan Manchester City di Piala Carabao, dan mereka menurunkan skuad terkuat mereka, maka kamu tahu di mana tempat kamu.”

Ole tetap merasakanManchester City menurunkan pasukan terkuat mereka meskipun tanpa Sergio Kun Aguero, Gabriel Jesus dan juga Ederson.

https://twitter.com/DevilsOfUnited/status/1216269406331981824?s=19

Manchester United kini dalam misi untuk mengejar 4 tempat teratas dalam carta liga.

Prestasi cemerlang trio serangan Man United kini menjadi igauan ngeri pertahan pasukan lawan.

Dalam aksi di Anfield Manchester United tewas 2-0. Pasukan tuan rumah terlalu dominan untuk Man United.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.