Bola tampar adalah salah satu sukan yang memiliki ramai pengikut termasuk di negara kita. Ianya adalah satu sukan yang dimainkan 6 sebelah (dahulunya 5 sebelah).
Ada beberapa cabang sukan bola tampar, termasuk bola tampar pantai duo ataupun kuartet. Tetapi kali ini kami akan menceritakan tentang bola tampar yang biasa.
Inspirasi Cikgu William G. Morgan
Sukan ini adalah ilham daripada William G. Morgan pada tahun 1895. Beliau adalah guru pendidikan jasmani Young Men Christian Assosiation ( YMCA ) di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat.
YMCA adalah sekolah yang menempatkan pelajar berasrama yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah. Sebelum dikenali dengan volley ball, sukan ini dipanggil mintonette.
G. Morgan mencipta satu sukan yang menggabungkan elemen, bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling. G. Morgan sendiri bertemu dengan James Naismith untuk memberikan pandangan tentang sukan baru ini.
James Naismith adalah guru pendidikan jasmani sama seperti Morgan. Naismith juga merupakan individu yang mencipta sukan bola keranjang. Setelah beberapa perbincangan dan kajian dilakukan, maka terhasillah sukan bola tampar.
Sukan ini pada awalnya memang diciptakan untuk pelajar-pelajar di YMCA. Tidak ramai yang mahu bermain sukan ini ketika itu. Ramai yang lebih sukakan permainan bola keranjang.
Tiada banyak perubahan dalam sukan bola jaring ini. Di mana jaring dipasang dalam ketinggian 1.98 meter. Manakala luas gelanggang adalah 7.5 meter x 15.2 meter. Morgan meminjam jaring daripada sukan tenis pada ketika itu.
Setiap pemain akan melakukan 3 servis ke arah lawan dan setiap pasukan cuba mendapatkan mata dengan mematikan rali sepusingan dengan mematikan bola ke kawasan lawan.
Pada 1895, selepas setahun bertapak, sukan ini ditukarkan nama kepada volleyball. Ianya sempena dengan demonstrasi pertama sukan ini di YMCA Training School atas undangan Pengarah Profesional Pendidikan Fizik YMCA, Dr.Luther Halsey Gulick.
Dalam demonstrasi tersebut, William G. Morgan telah membawa 2 pasukan yang terdiri daripada 5 sebelah. Beliau menunjukkan bagaiman sukan tersebut boleh dimainkan di kawasan terbuka mahupun tertutup.
Morgan menerangkan ketika itu sukan itu boleh dimainkan seberapa ramai yang mahu kerana ia untuk beriadah. Selepas penerangan yang menarik oleh Morgan.
Bola rasmi pertama untuk sukan ini dicipta pada 1986 oleh Spalding. Selepas itu, sukan ini menerima evolusi teknik set dan spike pada 1916.
Teknik spike ataupun taktikal kill ini telah diasaskan di Filipina di mana pemain bermain dengan kadar yang sangat intensif.
Pada 1917, sukan ini ditukarkan daripada sistem kiraan 21 mata kepada 15 mata. Negara luar Amerika Syarikat yang pertama bermain bola tampar ialah Kanada pada 1900.
Pada 1947, Fédération Internationale de Volleyball (FIVB) ditubuhkan. Ianya membawa kepada penganjuran kejohanan dunia pertama pada 1949 untuk lelaki dan yang pertama untuk wanita pada 1952.
Sukan ini terus berkembang pesat ke seluruh dunia termasuk Brazil, Itali, Belanda dan banyak lagi negara di Eropah. Selepas itu ia mendapat sambutan di Rusia dan juga negara-negara di Asia.
Ke Olimpik
Pada 1964, sukan ini telah berjaya menjadi acara dalam sukan Olimpik dan konsisten sehingga ke hari ini.
Pada hari ini, bola tampar dimainkan dalam gelanggan berukuran 9m x 8m. Panjang jaring adalah 39.4 inci dengan tinggi 2.43 meter dan 2.24 meter untuk wanita..
3 meter pertama daripada jaring adalah kawasan yang digelar garisan serangan. Secara umumnya, kawasan dalam gelanggan setiap pasukan dibahagikan kepada barisan hadapan dan barisan belakang.
Pemain akan melakukan servis dari luar hujung gelanggang. Setiap ahli pasukan perlu menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Sistem Libero (pemain bebas) diperkenalkan pada 1998.
Libero akan memakai jersi yang berbeza dengan pemain lain. Biasanya mereka memiliki teknik pertahanan yang sangat baik dan lincah. Mereka juga biasanya berbadan lebih rendah dan seorang ‘setter’ yang baik.
Skil & Teknik
Beberapa disipilin dan rutin asas dalam permainan ini
1. Servis – Hantaran pertama dilakukan oleh pemain
2. Hantaran – Satu teknik menghantar kepada rakan
3. Set – Satu teknik untuk mengumpan bola kepada rakan untuk direjam / spike
4. Spike – Teknik rejaman deras ke arah gelanggang lawan. Pelabagai teknik spike termasuk yang deras ataupun mengacah (cheat/dummies)
5. Block – Menghadang serangan lawan terutama sekali spike
6. Dig – Teknik ‘sungkitan’ menyelamatkan bola daripada menyentuh permukaan gelanggang
Rujukan
2. Wikipedia