MotoGP adalah perlumbaan motosikal berkuasa tinggi paling berprestij dan paling tua di dunia. Penganjuran pertama MotoGP adalah pada 1949. Selepas itu ianya telah menjadi acara tahunan.
Sejarah Awal
Kejohanan ini awalnya dikenali sebagai Kejohanan Dunia/World Championship. Pada 2002, Kejohanan Dunia dijenamakan secara rasmi dengan Moto GP yang kekal sehingga ke hari ini.
Pada tahun pertama penganjurannya, ada 4 kelas solo dengan kategori premier (utama) dimenangi oleh Leslie Graham yang menunggang enjin AJS.
Pada awal dekad penganjurannya, pengeluar dari Itali seperti Mondial, Moto Guzzi, Gilera dan MV Agusta. Itali memang negara yang memiliki industri penghasilan motosikal utama ketika itu.
Pasukan dari Itali telah mendominasi acara premier 500cc selama 17 tahun, dari 1958 sehinggalah 1974.
Masuk ke era 60-an, pengeluar dari Jepun tiba-tiba meningkatkan kualiti mereka dengan adanya jenama seperti Honda, Suzuki dan Yamaha. Pengeluar ini telah memecahkan dominasi Itali dalam 3 kategori ketika itu iaiu untuk kelas 125cc, 250cc dan 500cc.
Selepas itu negara Jepun dan Itali menjadi seteru dalam sukan motosikal ini. Pada dekad 60-an juga munculnya nama legenda Giacomo Agostini yang menjadi pelumba paling berjaya dalam sejarah MotoGP.

Beliau menang 10 daripada 15 kejuaraan daripada kelas 300cc dan 500cc dalam masa 5 tahun. Sebelum era moden ramai pelumba beraksi dalam 2 atau lebih kategori.
Terus Berkembang
Pada akhir dekad 60-an, FIM telah mengubah peraturan yang mengehadkan motosikal kepada 1 silinder dalam kelas 50cc, 2 silinder dalam 125cc dan 250cc dan 4 silinder dalam kelas 350cc dan 500cc.
Perkara ini telah mendapat bantahan daripada pengeluar dari Jepun yang ramai menarik diri kecuali Yamaha sahaja yang masih bersaing ketika itu. Itu juga membuatkan dominasi pengeluar dari Jepun berakhir pada ketika itu.
Selepas berehat 12 tahun daripada perlumbaan, Honda kembali bersaing dalam MotoGP pada lewat 70-an. Mereka menghasilkan mesin 2 stroke untuk 500cc berbanding dengan 4 strok sebelum ini. Ianya dikenali dengan N500.
Freddie Spencer berjaya menjadi juara dunia dengan jentera ini sekaligus menjadi kejuaraan pertama Honda sejak mereka kembali semula.
Pada 1984, kelas 50cc digantikan dengan 80cc. Namun ianya hanya dipertandingkan selama 6 musim. Kategori lain adalah 125cc, 250cc menggantikan 3500 cc yang sudah dipertandingkan selama 34 tahun. Kelas premier masih 500cc.
Era 80-an menyaksikan dominasi Honda, Suzuki dan Yamaha dengan pelumba handalan masing-masing, iaitu Eddie Lawson, Randy Mamola, Freddie Spencer, Wayne Rainey dan Kevin Schwantz.
Pengeluar dari Itali dan Eropah yang lain bersaing hebat dalam kategori 125cc dan 250cc. Itupun pengeluar dari Jepun tetap memberikan saingan sangat hebat dalam kelas ini.
Era Moden
Menjengah ke era 90-an, lahirlah nama legenda Mick Doohan yang menjuarai 5 kejohanan dunia berturut-turut. Ini juga menandakan penguasaan Honda.
Pada hari ini, nama seperti Valentino Rossi, Dani Pedrosa, Cassie Stoner, Mark Marquez antara yang medominasi kejohanan. Rossi menang kejuaraan dunia pertama pada 2001. Beliau bekas juara kategori 125cc pada 1999 dengan Aprilia.
Pada 2007, FIM memperketatkan peraturan jumlah tayar digunakan dalam perlumbaan dan juga pengurangan saiz enjin daripada 990cc kepada 800cc.
Pada 2009, FIM memutuskan penggunaan 1 tayar dan Bridgestone dilantik sebagai pembekal tunggal untuk kelas MotoGP. Valentino Rossi sangat cemerlang pada era moden.
Sehingga kini beliau telah menjuarai 7 kejohanan pelbagai, hanya 1 dibezakan dengan terbaik sepanjang zaman, Agostini (8).
Pada 2016, banyak peraturan baru diwujudkan. Michelin mengantikan Bridgestone sebagai pengeluar tunggal untuk tayar. Pada 2017, MotoGP mengalu-alukan kedatangan KTM sebagai keluarga baru sepenuh masa dalam perlumbaan bermusim.
Pada tahun 2018, sejarah terbaru dalam MotoGP apabila Hafizh Syahrin menjadi pelumba Asia Tenggara dari Malaysia yang pertama menjadi ahli alumni baru dalam MotoGP.

Beliau beraksi untuk Yamaha Tech 3. Ia menjadi peristiwa bersejarah untuk sukan permotoran di negara kita.