Ramai yang tahu apa itu obor sukan olimpik, namun tidak ramai yang tahu akan sejarahnya. Obor Olimpik terus kekal menjadi simbol kepada Sukan Olimpik.
Obor ini telah wujud sejak sukan Olimpik di zaman Yunani Kuno di mana satu obor api dibiarkan bernyala sepanjang sambutan sukan Olimpik. Ianya untuk memperingati kecurian api ini dari dewa Zeus oleh Prometheus.
Namun ketika itu, tiada upacara larian obor seperti hari ini. Dan selepas Sukan Olimpik dimodenkan serta dianjurkan di negara lain, tiada upacara penyalaan obor ini sehinggalah tradisi itu dihidupkan di Sukan Olimpik Amsterdam 1928.
Pada temasya di Amsterdam, penyala obor adalah seorang juru elektrik. Tradisi ini diteruskan di Sukan Olimpik Los Angeles, 4 tahun kemudian.
Pada 1936, pihak penganjur di Berlin memutuskan agar api pada obor Sukan Olimpik ini dinyalakan di Greece di tapak Sukan Olimpik kuno di Olimpia. Ini untuk memastikan api itu adalah api dari tapak olimpik yang sebenar.
Hitler yang taksub dengan bangsa Arya juga turut mengambil kesempatan dengan memberitahu dunia bahawa, puak Arya juga berasal daripada tamadun Yunani kuno. Puak Arya telah menjadi asas pemodenan di Jerman.
Jadi, Hitler merasakan idea untuk membawa api yang berasal dari Athens itu adalah sesuatu yang simbolik. 11 orang wanita akan menyempurnakan upacara penyalaan ini dengan cahaya matahari menerusi cermin parabolia.
Jadi, tradisi obor Olimpik pada hari ini dalah cetusan daripada Carl Diem dan bukannya daripada Sukan Olimpik kuno.
Satu upacara simbolik dilakukan dan ia dibawa mengelilingi beberapa buah negara negara. Obor ini akan mendarat di bandar tuan rumah Sukan Olimpik dan dinyalakan sepanjang kejohanan.
Oini menjadi agak kontroversi ketika Sukan Olimpik Berlin 1936. Ini apabila upacara penyalaan obor penuh dengan propaganda Nazisme.

Olympic 1936
Ketika di Berlin, lambang swastika Nazi dengan pakaian tentera Nazi memenuhi ruang untuk upacara pembukaan sukan olimpik yang ketika itu dirasmikan oleh Adolf Hitler. Ia kekal menjadi upacara penyalaan obor yang paling kontroversi.
Pada hari ini, majlis penyalaan obor Sukan Olimpik, beberapa tokoh sukan biasanya akan dipilih untuk melaksanakan tugas itu.
Dan sudah menjadi tradisi pelari yang terakhir yang akan menyalakan obor itu di kompleks Sukan Olimpik adalah dirahsiakan.
Obor akan dinyalakan di hadapan semua kontinjen negara yang mengambil bahagian. Pelbagai kreativiti dilakukan oleh negara penjanjur untuk menyalakannya.
Pada Sukan Olimpik 1948, ia pernah dibawa menggunakan perahu menyeberangi Selat Inggeris. Pada temasya 1956 di Helsinki, obor ini pertama kalinya dibawa menaiki pesawat serta dibawa menyelam.
Pernah juga obor ini dibawa Obor akan menyala sehinggalah ia dipadamkan pada hari penutupan Sukan Olimpik.
Sekiranya api itu terpadam, ianya akan dinyalakan dengan pancaran laser yang diterima oleh isyarat satelit dari tapak Olimpia. Itulah manfaat daripada teknologi pada hari ini.
Beberapa bekalan api disediakan untuk memastikan api dari Athens itu sentiasa ada jika obor itu terpadam.
No issues here 😎 pic.twitter.com/7ct2WFfYG2
— Olympic Flame (@OlympicFlame) April 28, 2016
Ramai yang tidak tahu sebenarnya, hanya api yang di’pass’ oleh pembawa obor, manakala obor/torch itu adalah berbeza-beza mengikut bandar ataupun negara.
Pernah sekali lelongan untuk ‘torch’ yang ditandatangani oleh Nadia Comaneci dilelong pada harga $15,874.50.
Ketika upacara larian inilah peluang setiap negara mempromosikan tempat mereka kepada dunia terutama sekali negara penganjur.