Sejarah Astana FC Yang Seusia Budak Darjah 4 & Hampir Muflis

Astana Football Club ataupun bahasa Kazakh: Astana Fýtbol Klýby merupakan sebuah kelab bola sepak yang bermain di liga utama Kazahkstan Premier League.

Mereka asalnnya dikenali dengan nama Lokomotiv Astana ketika ditubuhkan pada 2009 dan kemudiannya hanya digelar Astana pada 2011.

Kelab ini merupakan kelab yang dimiliki oleh Samruk-Kazyna.

Pada 27 Disember 2008, pasukan Almaty Megasport dan Alma-Ata mengumumkan mereka mahu bergabung dan membentuk sebuah kelab baharu dengan nama FC Lokomotiv Astana.

Pada ketika itu, sebuah syarikat landasan keretapi nasional di Kazakhstan iaitu Temir Zholy menjadi penaja utama pasikan ini.

Temir Zholy mendapat sokongan daripada datuk bandar Nur-Sultan. Dan mereka memutuskan untuk memindahkan kelab itu ke stadium baharu di ibu kota Kazakhstan.

Vakhid Masudov menjadi jurulatih pertama pasukan ini. Mereka memiliki dana yang besar berbanding pasukan lain di Kazakhstan. Ini membantu mereka menarik ramai pemain dari dalam dan luar menyertai mereka.

Misalnya Andrey Tikhonov, Yegor Titov, Patrick Ovie dan Baffour Gyan yang datang daripada pasukan liga utama di liga Perdana Rusia. Maksim Shatskikh pula ditandatangani daripada Dynamo Kyiv. Salah sebuah kelab elit di Ukraine.

Kebanyakan pemain ini ditandatangani secara percuma.

Namun ia tetap memberikan impak kepada pasukan kerana gaji yang tinggi. Mereka kemudian berhadapan dengan risiko muflis.

Pada Mac 2009, Vakhid Masudov digantikan oleh Vladimir Gulyamkhaidarov. Namun hanya 2 hari menerima jawatan itu, beliau meletak jawatan dan digantikan dengan Sergei Yuran yang dianggap specialist dari Rusia.

Mereka berjaya memenangi piala pertama mereka. Dan pada November 2010.  Holger Falch membantu Astana memenangi Piala Kazakhstan yang pertama di dalam sejarah kelab.

Namun mereka gagal mendapatkan lesen UEFA yang menghalang mereka bermain di pentas Eropah sekurang-kurangnya untuk 3 tahun bermula musim 2011/12.

Mereka memenangi Piala Super Kazakhstan pada Mac 2011 dan berjaya mempertahankan Piala Kazakhstan.

Akhirnya, Julai 2013, mereka melakukan debut di Eropah. Dan mereka tewas dalam pusingan kelayakan Europa 0-1 di tangan Botev Plovdiv. Perlawanan kedua mereka tewas 5-0.

Pada tahun yang sama Astana menerima perlaburan baharu daripada Astana Presidential Sports Club, organisasi di bawah Samruk-Kazyna yang menggabungkan beberapa kelab sukan di bawah satu bumbung Astana.

Bermula era ini, mereka tiada masalah dari segi kewangan. Pada musim 2014/15, mereka hampir mara ke Europa League namun hasrat itu dibunuh oleh Villareal pada pusingan play off.

Mereka kemudian menjulang kejuaraan Kazakhstan Premier League, julung kalinya pada 2014.

Pada 2015, mereka menjadi pasukan pertama dari  Kazakhstan yang mara ke pusingan akhir UCL selepas menewaskan APOEL di pusingan kelayakan.

Mereka kemudian menikmati beberapa lagi musim di UCL.

Pada 2017/18, Astana bermain di Europa League dan mara ke pusingan kalah mati selepas menamatkan peringkat kumpulan di tanggan kedua.

Mereka terus menjadi pasukan yang dominan di Kazakhstan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Pada malam 28 November 2019, Astana menerima kedatangan pasukan paling dikenali dunia iaitu Manchester United.

Dan menariknya, mereka menewaskan Manchester United di hadapan penyokong mereka sendiri.

Ianya kekal dalam lipatan sejarah sebuah pasukan kecil dari Kazakhstan yang menewaskan pasukan yang berstatus kelab besar Eropah.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.