Gerard Pique mendedahkan bahawa rakan baiknya, Jordi Alba masih menumpang ayahnya untuk datang ke pusat latihan.
Jordi Alba sudah berusia 30 tahun pada tahun ini. Namun pemain kebangsaan Sepanyol itu masih tidak ada lesen memandu.
Ini kerana menurut Pique, Jordi Alba tidak ingin untuk memilikinya dan tidak kisah sekalipun. Bahkan rakan-rakan beliau sendiri hairan dengan Jordi Alba.
Berbeza dengan pemain lain yang mengimpikan memiliki kereta mewah, Jordi Alba pula hanya fokus kepada perkara-perkara lain.
Di Barcelona, Jordi Alba kini menerima gaji sekitar £140,000 seminggu bersamaan dengan RM750,000 seminggu.
Jordi Alba dianggap sebagai antara bek kiri terbaik dalam generasi beliau terutama sekali untuk permainan bola sepak moden.
Beliau menyertai Barcelona dengan nilai €14 juta dari Valencia pada 2012. Dan kini sudah bermain lebih 300 perlawanan untuk Barcelona serta 70 kaps antarabangsa.
Beliau laju, rajin dan memiliki kreativiti yang tinggi di atas padang. Jordi Alba masih lagi bek kiri no.1 di Barcelona dan juga pasukan Sepanyol.
Di atas padang, Alba kelihatan pemain yang boleh melakukan apa sahaja dan bergerak bebas dengan kelajuannya.
Namun di luar padang, beliau berbeza. Tak banyak benda beliau boleh lakukan dengan bebas terutama sekali ketika nak bergerak ke tempat lain.
Pique berkongsi kisah pemain remaja Ansu Fati yang menumpang ayahnya untuk bergerak ke mana sahaja terutama sekali pusat latihan.
Namun itu difahami kerana Ansu Fati masih lagi remaja sekolah. Apa yang mengejutkan, Pique menyamakan Ansu Fati dengan Jordi Alba.
Rakannya yang sudah mencecah usia 3 dekad. Gerard Pique memberitahu La Resistencia: “Ayahnya Fati adalah orang yang menghantarnya ke mana sahaja. Sama seperti Jordi Alba.”
Jordi Alba bergantung kepada ayahnya untuk menghantarnya ke tempat kerja.
Ketika sedang seronok berbual bicara, seorang penonton di dalam studio menjerit: “Bagaimana dengan Liverpool.”
Mereka mahu Pique membincangkan peristiwa terkena remontada di Anfiel dalam saingan UCL musim lepas.
Pique terus menjawab: “Tiada perbincangan pasal Liverpool, atapun saya pergi dari sini. Kita dah berjanji tak bercakap tentang itu bukan,” jelas Pique sambil bergurau.
Pique sudah mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak antarabangsa. Beliau kini fokus kepada karier di kelabnya, FC Barcelona.
Pique sudah lama bermain bersama dengan Jordi Alba. Tidak kira ketika di Barcelona, dan juga ketika beliau masih menyarung jersi kebangsaan pasukan Sepanyol.
Barcelona musim ini sekali lagi memburu kejuaraan seperti UCL dalam kabinet mereka. Selepas 2 musim gagal melakukannya kerana kebangkitan oleh AS Roma dan Liverpool.
Barcelona melakukan penambahbaikan dengan membeli pemain seperti Antoine Griezmann yang diharap akan dapat memberikan impak besar.
Lionel Messi masih lagi pemain penting Barcelona dan masih lagi menjadi penjaring utama untuk pasukannya.
Pada ketika ini, Barcelona duduk di puncak liga, berkongsi 25 mata dengan Real Madrid.