Scott McMenemy Yakin Vietnam Akan Merasai Kehebatan Sebenar Indonesia

Indonesia masih kekal satu-satunya pasukan dalam kumpulan G yang belum mendapat mata dalam kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada kali ini.

Indonesia tewas kesemua 3 perlawanan pertama mereka setakat ini. Perlawanan terakhir mereka sebelum ini menyaksikan Indonesia dibelasah 5-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Indonesia akan berhadapan dengan pasukan Vietnam. Pasukan yang masih segar dengan kemenangan 1-0 ke atas Malaysia sebelum ini.

Dan pengendali Indonesia, Simon McMenemy menganggap Vietnam adalah lawan terbaik untuk mereka memulakan kebangkitan.

Dan beliau juga memberikan amaran kepada Vietnam bahawa aksi malam ini akan menjadi malam pembuktian bahawa pasukannya memiliki kualiti untuk bertemu sesiapa sahaja.

“Tentu melawan Vietnam tidaklah mudah, tapi besok (malam ini) saya harap adalah titik baliknya.”

“Saya merasa besok adalah waktunya pembuktian, dan saya pikir para pemain ingin membuktikan bahwa mereka juga berkualitas,” ungkap jurulatih Timnas Indonesia, Simon McMenemy.

Pemain penting Indonesia, Stefano Lilipaly turut merasakan perlawanan menentang Vietnam sebagai perlawanan terbaik untuk menjadi medan kebangkitan Indonesia dan mengubah nasib Timnas Indonesia dalam kempen kali ini.

“Kita memang kalah di tiga pertandingan pertama, tapi mungkin inilah saatnya bangkit untuk memutarbalikkan keadaan, dan berusaha untuk mendapatkan kemenangan pertama,” kata gelandang Timnas Indonesia, Stefano Lilipaly.

Kedudukan semasa, Indonesia berada di tangga tercorot kumpulan G. Manakala Vietnam pula di tempat ke-3 di belakang UAE dan Thailand.

Perlawanan di antara Indonesia dan Vietnam akan dilangsungkan di Bali. Ini kerana pihak keselamatan Indonesia tidak mahu ada insiden tak diingini berlaku di Stadion Gelora Bung Karno.

PSSI memilih untuk memindahkan venue pertandingan, kerana berlaku beberapa demonstrasi akibat ketegangan politi di Jakarta.

Perkara itu disahkan oleh Ratu Tisha sekalu Sekjen (Setiausaha Umum) PSSI.

“Kami langsung bersurat ke AFC dan Alhamdulillah mereka menyetujui setelah delegasi mereka datang langsung untuk inspeksi stadion,” tambah Tisha.

Sebelum ini, PSSI dihukum oleh FIFA akibat kekacauan penyokong dalam aksi menentang Malaysia. PSSI diminta membayar sekitar RM190,000.

PSSI berjaya mengelak daripada hukuman lebih berat termasuk bermain di stadium kosong.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.