Kisah Joseph Schooling menewaskan Michael Phelps dalam acara 100m kuak kupu-kupu di Sukan Olimpik Rio kekal antara kisah legenda dalam Olimpik moden.
Ianya bukan sahaja kisah tentang lelaki dari Singapura yang menewaskan jaguh renang sepanjang zaman, tetapi kisah seorang peminat yang menewaskan idolanya.
Pada ketika itu, Joseph Schooling, 21, telah membawa pulang emas sulung di temasya Olimpik untuk negaranya Singapura.
Schooling pernah bergambar dengan Phelps pada 2008, ketika belia masih lagi di bangku sekolah. Schooling menjadikan Phelps idolanya dan mahu menjadi seperti beliau.
Singapore's Joseph Schooling meeting Michael Phelps in 2008 & Schooling beating Phelps for gold last night pic.twitter.com/ErlhxlN0Vx
— Darren Rovell (@darrenrovell) August 13, 2016
ESPN telah mewawancara Joseph Schooling tentang beberapa topik berkaitan kemenangan beliau ke atas Phelps dan juga persediaan beliau untuk Olimpik Tokyo tahun hadapan.
Ditanya tentang perasaan pada hari anda melihat papan skor, tertera nama anda di atas Michael Phelps.
“Ya, itu adalah detik yang anda telah impikan sepanjang hidup anda. Perkara paling sukar bagi saya adalah untuk mengawal emosi.”
“Dekad telah berlalu untuk anda berlatih untuk hari ini. Anda ada 50 saat untuk anda melakukan apa yang telah anda pelajari dan menggapai apa yang anda inginkan dalam hidup anda.”
Schooling menegaskan, menangani mentaliti pada hari perlumbaan adalah perkara yang paling sukar untuk dirinya berbanding dengan perkara lain.
“Jadi pada hari itu, anda harus menerima, apa sahaja keputusan, menang atau kalah. Ketepikan semua rasa kurang yakin dan unsur negatif dari dalam diri. Rasanya itu adalah bahagian paling sukar dalam perlumbaan saya.”
Bercakap tentang peluang beliau untuk mempertahankan emas di Olimpik Tokyo, Joseph Schooling berkata beliau perlu fokus dan melakukan perkara yang sama.
“Paling penting pengalaman yang anda pernah lalu. Anda pernah lakukannya sekali, dan anda yakin untuk melakukannya sekali lagi.”
“Itu adalah perkara yang boleh membantu anda secara mental.”
“Ianya bagus, di mana anda ada kerujaan untuk melakukannya, anda sangat mahukan perasaan itu. Saya mahu mencabar diri saya dengan emosi yang sama.”
“Dalam masa beberapa tahun ini saya mempersiapkan diri untuk Olimpik seterusnya. Ianya memang berbeza untuk mempersiapkan diri untuk Olimpik Tokyo berbanding dengan Olimpik Rio.”
Sumber