Scholes Terasa Aib Dikatakan Lagi Bagus Dari Gerrard Dan Lampard

Paul Scholes menyatakan dia meluat apabila dibandingkan dengan Lampard dan Steven Gerrard. Menurut beliau perbandingan itu membuatkannya seperti mahu mati mendengarnya.

Scholes dengan rendah hati menyatakan, beliau malu mendengar orang menyatakan dia lebih baik daripada dua pemain tengah itu.

Penyokong di England kerapkali membandingkan 3 pemain tersebut dan penyokong United pula seringkali menyatakan bahawa Paul Scholes lagi bagus daripada Steven Gerrard dan Frank Lampard.

Alasan mereka sebab Scholes lagi banyak EPL daripada dua pemain tersebut. Seolah olah menurut logik mereka, Anderson pun lagi bagus daripada Gerrard.

Lalu Scholes bercakap kepada BBC menyatakan bahawa di antara mereka bertiga, yang terbaik pastinya Steven Gerrard ataupun Frank Lampard, dan dirinya berada di tangga ketiga.

“Stevie G dan Frank, pastinya,” jelas Scholes.

“Mereka berdua sangat luar biasa namun dua pemain yang berbeza gaya permainannya.”

Liverpool sangat bergantung kepada Steven Gerrard. Namun di antara mereka bertiga, hanya Gerrard yang tiada kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Beliau antara pemain yang seringkali menjulang Liverpool secara individu. Kerana Liverpool bukan pasukan sebaik United atau Cheslea pada ketika itu.

Lampard pula memiliki jumlah jaringan yang sangat banyak dan menjadi pemain penting Chelsea.

Scholes menjadi pemain penting produk Man United yang bermain cukup lama bersama United. Dan pernah keluar daripada persaraannya demi membantu Man United.

Scholes bersetuju dengan Ferdinand yang sebelum ini menyatakan, perbandingan terlalu taksub di kalangan penyokong England membuatkan 3 pemain itu sentiasa tertekan dan sukar bergandingan ketika mereka masih bermain dahulu untuk England.

Ferdinand menegaskan, amat sukar nak menggandingkan mereka bertiga kerana mereka sentiasa dibayangi tekanan dan perbandingan yang seringkali dihebohkan oleh media.

“Perbandingan ini menenggelamkan mereka. Ianya membunuh pasukan ketika generasi (emas) itu.”

“Tahun ini kita bersaing dengan Chelsea, tahun berikutnya kita bersaing dengan Liverpool.”

“Sebab itu saya tak pernah pergi ke bilik persalinan England atau di kantin, saya tak nak cerita tentang kejuaraan liga dengan Frank, Ashley Cole, John, Joe Cole dari Chelsea, atau Steven dan Jamie Carragher di Liverpool.”

“Saya tidak akan terlalu terbuka dengan perakra itu, kerana takut mereka akan kembali ke kelab dan menggunakannya menentang kita, menjadikan mereka lebih baik daripada kita.”

“Saya tak nak bersemuka dengan mereka dengan cara sebegitu.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.