Scholes Sekolahkan Ole Tentang Kesebelasan Terbaik Man United

Paul Scholes menyekolahkan Ole Gunnar Solskjaer tentang pemilihan pasukan, kesbelasan utama dan juga pendekatan yang harus beliau gunakan.

Scholes berpendapat, Manchester United hendaklah bermain dengan cara menyerang. Scholes percaya kepulangan semula Paul Pogba akan membuatkan mereka kembali kuat.

Scholes mahu Solskjaer memberikan peranan menyerang kepada Pogba dan menyertakan sekali Mason Greenwood di dalam pasukannya.

Greenwood menjadi bualan ramai sekali lagi apabila cemerlang dengan 1 gol dan 1 assist ketika berhadapan dengan Partizan Belgrade dalam aksi Liga Europa pada malam Khamis lalu.

Manchester United menang 3-0 dan mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati.

Marcus Rashford dan Anthony Martial turut berada dalam senarai penjaring gol untuk Setan Merah.

Scholes inginkan pasukan Manchester United selepas ini terus kekal dengan sistem yang berasaskan 4 pemain di hadapan yang memiliki karakter menyerang.

Oleh itu Scholes memberitahu BT Sports, Ole harus menggunakan sistem 4-4-1-1 untuk bermain cara United.

“Ianya 4-4-1-1. Dan saya melihatnya dari sudut cara Manchester united.”

“Cuma persoalannya kini, back four dan siapa akan menjadi pasangan Maguire. Saya mahu melihat seorang yang laju, kuat, dan agresif berada di sebelah Maguire.”

“Saya rasa, apabila Axel Tuanzebe kembali semula, beliau nampaknya sesuai bermain di situ.”

Paul Scholes kemudian menegaskan beliau masih kekal dengan pendiriannya bahawa Ed Woodward perlu mencari seorang lagi bek tengah.

Scholes tidak rasa, kualiti Rojo dan Lindelof cukup bagus untuk menjadi pemain kesebelasan utama Manchester United.

“Saya masih kekal dengan pendirian saya, Manchester United masih perlu mendapatkan seorang lagi bek tengah untuk bermain bersama Harry Maguire. Saya tidak yakin dengan Marcos Rojo, saya tak yakin dengan Victor Lindelof.”

“Tuanzebe, jika diberikan pendedahan dan lebih banyak perlawanan, beliau pilihan yang bagus.”

“Dan saya juga rasa 4 pemain di atas itu mengujakan saya. Mereka laju-laju belakan. Persoalannya adalah, no.10 di dalam padang. Siapa pemain yang boleh menghubungkan mereka semua. Penghubung untuk pemain tengah dan penyerang.”

“Juan Mata main bagus malam ni, namun untuk aksi yang banyak, beliau bukan jawapannya.”

Selain itu, Scholes turut memuji Ole Gunnar Solskjaer dan yakin pengurus itu seorang yang gigih dan tahu apa yang beliau mahukan.

Scholes turut mendedahkan bawah Ole Gunnar Solskjaer bukan seorang pak turut dan yakin Ole orang yang tepat untuk membawa United kembali ke kegemilangannya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.