Scholes Dakwa Martial Cuba Perdaya Ramai Pihak Dan Menggesa United Dapatkan Penggantinya Segera

Paul Scholes merasakan bahawa Anthony Martial tidak layak menjadi penyerang utama untuk Manchester United.

Bahkan beliau juga mendakwa bahawa pemain kebangsaan Perancis itu telah cuba untuk memperdaya peminat setan merah pada musim lalu.

Martial melalui musim yang terbaik dalam kariernya bersama United musim lalu selepas berjaya menjaringkan 23 gol dari 48 penampilan dalam semua pertandingan untuk setan merah.

Ianya kerana musim lalu beliau telah diberi kepercayaan menjadi pemain penyerang tengah untuk jentera serangan setan merah, dan ianya juga pertama kalinya sejak ketibaannya ke Old Trafford.

Ole Gunnar Solskjaer kemudiannya telah menandatangani Odion Ighalo pada penghujung jendela perpindahan Januari sebagai back-up untuk Martial.

Pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini pula, setan merah telah menandatangani Edinson Cavani untuk memperkukuhkan lagi jentera serangan kelab.

Scholes mendedahkan bahawa penandatanganan pemain berusia 33 tahun itu sangat diperlukan oleh United memandangkan Martial bukanlah penyerang sebenar.

Beliau turut mendakwa bahawa Martial sebenarnya telah memperdaya ramai peminat supaya percaya bahawa dia boleh bermain diposisi penyerang pada musim lalu.

“Penyerang ini adalah seorang pemain yang sangat berbakat. Kita semua tahu itu.”

Jelas Scholes tentang Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood ketika bercakap kepada Stadium Astro.

“Masalah utama untuk jentera serangan United ini adalah, tiada seorang pon dari mereka yang betul-betul bermain di posisi centre-foward.”

“Martial hampir perdaya kita untuk berfikir bahawa dialah pemain centre-foward pada penghujung musim lalu kerana dia menjaringkan banyak gol dan agak bagus.”

“Dia memulakan musim ini juga dengan sangat teruk, yang mana buat kita fikir bahawa dia bukan centre-foward yang betul. Ianya hanya salah faham. Sebab itu saya selau cakap bahawa kita perlukan pemain No.9 bertaraf bintang.”

Bekas penyerang Monaco itu berjaya menjaringkan enam gol dari sembilan penampilan liga sejak kembalinya saingan premier league selepas digantung kerana penularan wabak awal tahun lalu.

Beliau juga antara pemain yang banyak membantu United untuk menghabiskan baki saingan liga musim lalu dengan berada di kedudukan empat terbaik.

Walau bagaimanapun, Martial sehingga kini masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol sejak dari sepak mula saingan liga musim baru ini.

Beliau juga telah dilayangkan kad merah ketika kekalahan memalukan Manchester United kepada Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Pemain berusia 24 tahun itu akan terlepas tiga perlawanan seterusnya untuk setan merah, bermula dengan perlawanan menentang Newcastle pada hujunt minggu nanti.

Ianya akan membuatkan Solskjaer harus mencari pengganti untuk menjadi kesebelasan utama menggantikan Martial yang digantung tiga perlawanan.

Cavani merupakan pilihan yang tepat untuk menggantikan Martial, namun beliau masih belum bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan di St James Park itu.

Sementara Greenwood pula mungkin boleh diturunkan dengan ramai peminat berharap dapat melihat pemain muda itu terus mempamerkan kecemerlangannya bersama kelab.

United gagal untuk menandatangani Erling Haaland pada Januari lalu dengan bintang muda Norwey itu telah memilih untuk beraksi di Jerman bersama Borussia Dortmund.

Manchester United turut mencuba nasib untuk menandatangani Joshua King dari Bournemouth ketika itu dan ianya juga menemui kegagalan.

Dek kerana gagal untuk mendapatkan kesemua penyerang sasaran mereka, setan merah telah menguruskan perjanjian pinjaman Odion Ighalo dari kelab China pada penghujung jendela perpindahan Januari lalu.

Perjanjian pinjaman Ighalo akan berakhir pada Januari tahun hadapan dan United belum melakukan sebarang rundingan untuk mendapatkan khidmat tetap darinya.

Scholes menegaskan bahawa United perlu untuk menandatangani penyerang yang boleh menggantikan Martial dalam tempoh waktu yang lebih lama.

Hal ini kerana menurut Scholes, Edinson Cavani hanya akan menjadi pengganti sementara untuk Martial mungkin atas faktor usianya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.