Scammer Atau Genius: 10 Kali Liverpool Permainkan Pasaran Jual Pemain Pada Nilai Luar Biasa

Liverpool dikenali sebagai sebuah kelab yang sentiasa bertindak bijak di pasaran pemain. Mampu untuk mendapatkan pemain dengan harga yang rendah, dan kemudian menggilap semula bakat pemain sehingga bertaraf dunia adalah kelebihan utama di Liverpool.

Lihat sahaja bek kanan, Andrew Robertson. Pemain itu hanya didatangkan pada nilai £8 juta dari Hull pada 2017. Hari ini bek kiri Scotland tersebut bernilai 10 kali ganda.

Namun tidak semua pemain yang dibeli oleh Liverpool itu berjaya digilap, dan terpaksa dilepaskan. Ada juga yang terpaksa dilepaskan kerana kesukaran mendapat peluang bersaing dengan pemain skuad utama, khususnya dari kalangan pemain muda.

Namun demikian, penjualan pemain-pemain ini dianggap masih memberi keuntungan kepada Liverpool. Berikut adalah 10 pemain yang dijual oleh Liverpool, dan menguntungkan mereka.

Ki-Jana Hoever to Wolves (£13.50 juta)

Ki dilihat sebagai salah seorang pemain berpotensi untuk menyinar pada masa hadapan. Tetapi pada usia 18 tahun, dan tanpa sebarang penampilan bersama skuad senior, beliau dijual pada harga £13 juta.

Ia nilai yang berbaloi. Penjualan Ki juga membuka laluan untuk pembelian Diego Jota baru-baru ini.

Dejan Lovren to Zenit (£10.80 juta)

Bagaimana Liverpool boleh meyakinkan seseorang untuk membelanjakan wang mereka untuk seorang pemain dari Croatia yang kerap membuat kesilapan?

Untuk nilai di atas £10 juta, hanya genius yang mampu melakukannya. Pengarah Sukan, Michael Edwards patut menulis sebuah buku mengenai taktik melakukan rundingan.

Dominic Solanke to Bournemouth (£20 juta)

Keuntungan bagi Liverpool, kerugian bagi Bournemouth? Dari 27 penampilan untuk Liverpool, Solanke hanya mampu menjaringkan 1 gol. Tetapi bagaimana mereka boleh meyakinkan Bournemouth untuk membeli pemain itu pada nilai £20 juta?

Dan bersama kelab baharunya, Solanke hanya mampu menjaringkan 5 gol dari 50 penampilan. Musim lalu Solanke gagal membantu pasukannya dari tersingkir dari Premier League. Ia pasti pembelian yang membuatan Eddie Howe menyesal.

Danny Ward to Leicester (£12.60m)

Selepas tampil dalam tiga perlawanan bersama skuad senior Liverpool, The Reds kemudiannya menjual pemain Wales ini kepada Leicester City.

Pemain itu tampil hanya 10 kali sepanjang tempoh dua tahun untuk The Foxes. Ini bermakna Leicester terpaksa membayar £1.26 juta untuk setiap pelawanan di mana Ward beraksi.

Philippe Coutinho to Barcelona (£130.50 juta)

Coutinho adalah pemain ketiga termahal sepanjang zaman. Barcelona terpaksa membayar sebanyak £146 juta termasuk semua add-ons.

Di Liverpool, Coutinho adalah seorang playmaker luar biasa. Penjualannya pula membenarkan Liverpool membeli Alisson Becker dan Virgil van Dijk – dua pemain penting yang membina pasukan Liverpool pada hari ini.

Mamadou Sakho to Crystal Palace (£25.38 juta)

Pemain dari Perancis ini tidak dinafikan merupakan pemain yang berkualiti sepanjang tempoh empat tahun di Liverpool. Namun adakah beliau bernilai £25 juta pada 2017?

Tidak sama sekali! Satu lagi masterstroke yang berjaya dilakukan oleh pihak pengurusan The Reds.

Christian Benteke to Crystal Palace (£28 juta)

Tiada keraguan lagi pada ketika itu Liverpool harus menjual Benteke. Namun kejayaan mereka meraih kembali £28 juta dari jumlah pelaburan awal £32.5 juta itu boleh dianggap luar biasa.

Apatah lagi selepas prestasi buruk yang ditampilkan oleh Benteke di Liverpool yang langsung tiada apa boleh dibanggakan.

Joe Allen to Stoke City (£13.95 juta)

Selepas empat musim dengan prestasi sekadar ‘biasa-biasa’ di Anfield, dan Allen sekadar berada di dalam skuad, Liverpool akhirnya berjaya meraih kembali £14 juta dari pelaburan asal £15 juta yang dibayar kepada Swansea untuk mendapatkan pemain antarabsangsa Wales itu pada 2012. Bagi pihak Liverpool, ia adalah urusniaga yang hebat!

Jordon Ibe to Bournemouth (£16.20 juta)

Sepanjang 58 penampilan untuk Liverpool, Ibe hanya menjaringkan 4 gol. Bournemouth bagaimana pun diyakinkan untuk membayar nilai rekod kelab untuk pemain sayap tersebut pada 2016.

Ibe hanya menjaringkan 5 gol dari 92 perlawanan untuk The Cherries, dan tidak pernah belajar dari kesilapan ketika membawa masuk Solanke dari Liverpool selepas itu.

Rhian Brewster (£23.5 juta)

Bakat Brewster mulai menjadi perhatian apabila membantu England muncul juara Piala Dunia B-17. Namun perkembangan beliau di Liverpool sangat terhad jika dibandingkan dengan bekas rakan  sepasukan England yang lain seperti Phil Foden dan Jadon Sancho.

Terpaksa bersaing dengan pemain seperti  Roberto Firmino, Mohamed Salah, Sadio Mane, Takumi Minamino dan Diogo Jota, Liverpool terpaksa membenarkan pemain itu menyertai Sheffield United.

Namun untuk £23.5 juta berserta klausa beli balik (dalam tempoh 3 tahun) dan 15% pendapatan jika Sheffield United menjual Brewster ke kelab lain, ia adalah urusniaga yang hebat dari Liverpool mengambil kira Brewster belum ada pengalaman bola sepak di peringkat tertinggi.

Penutup

Genius atau scammer? Suka atau tidak anda harus berasa kagum dengan cara urusniaga penjualan pemain ini dilakukan.

Akhirnya ia tetap memberi keuntungan kepada Liverpool, dan mengurangkan risiko kerugian kepada kantung kelab. Anda boleh melabel Liverpool sebagai ‘pembuli’. Tetapi anda tidak boleh menafikan ia sebagai urusniaga berhemah dalam konteks kewangan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.