Penyerang sensasi dari Chile, Alexis Sanchez sekali lagi menegaskan beliau tidak akan pernah menyesal menyertai Manchester United.
Beliau tetap mempertahankan hujah bahawa beliau datang ke Manchester United, dan meninggalkan Arsenal, demi untuk memenangi segala piala yang ada.
Kenyataan yang sama beliau sebut pada tahun lalu ketika ditemuramah Thierry Henry.
Sanchez menepis dakwaan beliau gagal di United. Beliau cuma menyatakan dirinya kurang minit bermain. Bukannya dia gagal.
19 bulan selepas menyertai Manchester United, Alexis Sanchez menyertai Inter Milan secara pinjaman, tanpa ada komitmen untuk perjanjian tetap.
Ini bermaksud Sanchez masih menyalakan harapannya untuk menjulang semua piala berssama Manchester United.
Bercakap kepada BBC, ketika ditanya adakah beliau menyesal menyertai Man United, Sanchez berkata:
“Tidak, tidak, tidak, saya sangat gembira menyertai Manchester United.”
“Saya sentiasa akan berkata begitu. Mereka adalah kelab yang paling banyak menang piala di England.”
Sebenarnya, fakta Sanchez ini agak tersasar kerana, Liverpool baru memintas mereka sebagai kelab paling banyak kejuaraan major di England, tidak termasuk perisai komuniti.
“Apabila saya menyertai Arsenal dahulu, ianya luar biasa. Saya gembira di sana. Namun ketika di United, saya telah membangunkan diri saya, dan mereka membeli pemain untuk memenangi piala.”
“Saya nak sertai mereka kerana nak menang segala-galanya (piala). Saya tidak menyesal langsung dengan keputusan itu.”
Sanchez menjaringkan 80 gol daripada 166 perlawanan untuk Arsenal, dengan perpindahan £30 juta dari Barcelona.
Beliau menjadi calon akhir untuk pemain terbaik PFA pada 2017. Namun perpindahan beliau ke United disifatkan ramai pihak sebagai satu kegagalan.
Beliau menolak tawaran Manchester City kerana United menawarkan pakej lebih lumayan. Namun selepas 27 perlawanan liga, beliau hanya menjaringkan 2 gol.
Ketika Copa America 2019, beliau cemerlang. Dan ramai penyokong United menjangkakan beliau sudah mendapat semula keyakinannya. Malang sekali, Sanchez dipinjamkan ke Inter Milan. Jadi, beliau tidak dapat nak membuktikan sesuatu musim ini.
Sepanjang di Manchester United, Sanchez lebih banyak muncul sebagai pemain simpanan dengan hanya 31 perlawanan daripada 77 perlawanan yang beliau menjadi kesebelasan utama. Hanya 13 perlawanan beliau beraksi penuh.
Sanchez menyatakan beliau hairan kenapa pengurus tidak memberikan lebih kepercayaan kepada beliau.
“Saya rasa saya gembira bermain dengan pasukan kebangsaan. Saya juga gembira bermain dengan Manchester United. Saya sentiasa katakan perkara itu kepada rakan-rakan. Saya nak bermain.”
Alexis Sanchez says he "does not regret" joining Manchester United.
👉 https://t.co/hkssSwKKtK#bbcfootball pic.twitter.com/fHbA8q48fp
— BBC Sport (@BBCSport) September 3, 2019
“Jika mereka turunkan saya, saya akan berikan yang terbaik. Kadangkala saya bermain 60 minit sahaja dan tidak bermain dalam perlawanan seterusnya. Saya tak tahu mengapa.”
“Saya bermain baik dalam Copa America. Kemudian saya tidak bermain dalam pra musim. Bergantung kepada jurulatih sama ada nak saya bermain atau tak. Itu soalan yang kamu kena tanya mereka, bukan saya.”
Ternyata Alexis Sanchez masih yakin dan bersemangat untuk membolot kesemua piala bersama Manchester United apabila beliau kembali semula ke kelab itu nanti, sepanjang tempoh pinjaman beliau di Inter Milan berakhir.