Harry yang jelas kelihatan mengigil ketika muncul buat kali pertama selepas insiden di Mykonos berkata ia adalah pengalaman paling mengerikan pernah dialaminya, selepas mendakwa diculik selepas satu insiden di luar sebuah bar di kepulauan Greek.
Insiden tersebut dipercayai menjadi punca beliau didapati bersalah kerana menyerang pihak polis, memaki hamun, mengelak diri dari ditahan, dan menawarkan rasuah pada minggu lalu.
Walaupun tidak mengaku bersalah terhadap semua dakwaan, Maguire dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan dan 10 hari oleh mahkamah di Syros.
Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu kemudian terus mengemukan rayuan, dan kelihatan hampir menitiskan air mata dalam satu temubual bersama BBC News at Ten.
Manchester United captain Harry Maguire says he 'did nothing wrong' after his arrest in Greece last week pic.twitter.com/9nRR3LwBWt
— B/R Football (@brfootball) August 27, 2020
“Saya tidak berhutang permohonan maaf kepada sesiapa pun. Permohonan maaf adalah untuk mereka yang telah melakukan sesuatu yang salah,” kata Maguire.
“Saya rasa kesal kerana meletakkan penyokong [Manchester United] di dalam situaso ini, tetapi saya tidak melakukan apa-apa yang salah.
“Ia amat teruk, bukan satu perkara yang saya mahu lakukan lagi. Saya berharap ia tidak berlaku kepada orang lain. Saya berada di dalam sebuah penjara.
“I feared for my life”
Manchester United captain Harry Maguire tells the BBC he thought he was being kidnapped when he was arrested in Greece last weekhttps://t.co/S3rZorWbMe pic.twitter.com/UcNHLMTQwa
— BBC News (UK) (@BBCNews) August 27, 2020
Permohonan maaf tersebut merujuk kepada kenyataan pendakwaraya, Ioannis Paradissis yang berkata jika Maguire memohon maaf, ia pasti akan menghadirkan sentimen berbeza untuk membantu rayuan oleh pemain itu.
Dalam rayuan tersebut, Maguire mendakwa adiknya telah disuntik dengan sejenis cecair.
“Dua lelaki datang kepada adik saya dan bertanya dari mana dia datang. Dia memberikan respon dan kemudian tunang saya, Fern, perasan biji mata adik saya seperti terbalik. Dia rebag dan tidak sedarkan diri,” kata Maguire sebelum mula sebak.
Maguire kemudian cuba membawa adik perempuannya itu ke hospital, tetapi sebaliknya ke balai polis.
“Jangkaan awal saya kami telah diculik,” tambah Maguire.
BREAKING: Harry Maguire has filed an appeal against his conviction for assault and attempted bribery following a brawl on the Greek island of Mykonos.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 26, 2020
“Kami diarahkan berlutut, dengan tangan ke atas, dan mereka mulai memukul kami. Mereka memukul di bahagian kaki saya dan berkata karier saya telah tamat.
“Mereka menjerit: ‘Tiada lagi bola sepak. Anda tidak akan bermain lagi.’
“Pada ketika itu saya berfikir mustahil mereka ini polis, lalu saya cuba melarikan diri. Saya berada dalam keadaan panik dan takut. Ia perkara paling menakutkan pernah saya lalui.”
Maguire juga menafikan beliau cuba merasuah pihak polis dan menyelar dakwaan tersebut sebagai mengarut sepenuhnya.