Thiago Alcantara telah dikait rapat dengan perpindahan keluar dari Bayern Munich sepanjang perpindahan musim panas ini.
Liverpool, dan kemungkinan untuk kembali ke Barcelona adalah antara khabar angin yang bertiup kencang menyelubungi masa depan Thiago Alcantara.
Pemain itu bagaimanapun menekankan beliau hanya mahu memberikan fokus untuk membantu Sepanyol menentang Ukraine pada Ahad.
Thiago in Spain press conference: "I have not told anyone that I'm leaving. Every year, they put me in a different club. For me my future is tomorrow's game (against Ukraine) and there is nothing more to say. I neither care nor am I interested. What interests me is tomorrow" pic.twitter.com/PF001MP1Zh
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) September 5, 2020
Pemain tengah berusia 29 tahun ini bagaimanapun tidak menutup ruang untuk kekal di Allianz Arena pada musim hadapan.
“Saya tidak pernah berkata akan meninggalkan Bayern,” ujar Thiago dalam sidang media pra perlawanan pada hari ini.
“Masa depan saya ialah mengenai perlawanan esok. Saya tidak mahu ambil kisah mengenai perkara lain.”
Selain daripada dikatakan menjadi sasaran Jurgen Klopp untuk ke Anfield, penjaga gol Barcelona, Marc- Andre ter Stegen berkata beliau akan memastikan Thiago Silva akan menyertai Barcelona.
Sama seperti perpindahan ke Liverpool, Alcantara juga tidak mahu mengiakan keyakinan penjaga gol itu bahawa beliau akan kembali menyertai bekas kelabnya itu.
🗣 — Thiago Alcántara: "Midfielders have to keep looking at Busquets to improve." pic.twitter.com/jmC2rn4C4t
— Barça Universal (@BarcaUniversal) September 5, 2020
“Ia adalah satu penghargaan apabila beliau berkata demikian. Masalahnya dia bukan Pengarah Sukan mana-mana kelab,” ujar Thiago.
Berjaya membantu Bayern Munich memenangi treble pada musim ini, Thiago Alcantara turut melahirkan kekaguman beliau terhadap pemain tengah Barcelona, Sergio Busquet.
“Ianya sangat seronok untuk melihat bagaimana beliau meletakkan dirinya ketika dalam permainan, dan bagaimana beliau memimpin pasukan,” kata Thiago lagi.