‘Saya Sudah Temui Formula, Kini Tinggal Nak Lihat Hasilnya’ – Ole

Solskjaer menyatakan beliau sebenarnya sudah ada formula untuk memperbaiki Manchester United. Namun ianya perlu mengambil sedikit masa lagi untuk memastikan formula itu berjaya.

Solskjaer juga menyatakan beliau kini berada dalam organisasi yang dipenuhi staf yang hebat membantu beliau. Solskjaer memuji para pembantunya yang sangat arif dengan tugasan masing-masing.

Solskjaer berkata demikian selepas mendengar ada pihak mengkritik staf kejurulatihan beliau sebagai tidak melakukan tugas sebaiknya dalam mempersiapkan pemain untuk menghadapi hari perlawanan.

Solskjaer berkata: “Saya tidak pernah merasakan ia beban tugas terlalu besar (sukar) untuk saya, dan saya yakin dengan apa yang kami cuba lakukan. Saya juga yakin dengan para kakitangan saya.”

“Saya sangat kagum dengan (staf saya), Michael, Kieran, Martin, Richard, dan kesemua staf saya serta terdapat perubahan positif yang jelas. Kini tinggal kami perlu untuk mulai memenangi perlawanan, dan mula mencetak gol.”

Solskjaer kemudiannya menyatakan mereka sudah mengenalpasti beberapa isu. Beliau dan kejurulatihannya sudah ada formula dan sedang memperbaiki keadaan pasukan.

Mereka sedang berusaha dan semua orang tahu apa perkara yang harus dilakukan. Ole turut mendedahkan bahawa proses perubahan itu sedang berlaku di Old Trafford. Namun beliau sedar segalanya mengambil sedikit masa.

Ole menegaskan bahawa proses itu dilakukan secara berperingkat. Dalam beberapa minggu yang pertama mereka menguatkan aspek pertahanan.

Dan kini mereka sedang memberikan fokus kepada aspek serangan terutama sekali kreativiti dan penyudah di hadapan gol.

Solskjaer berkata: “Kami perlu mencipta lebih banyak peluang gol. Kerana di barisan pertahanan kita kelihatan cukup kental. Namun kita masih tidak cukup berani untuk mengambil risiko.”

Ole mendapati pasukan-pasukan yang hebat pada hari ini menggunakan kaedah bermain yang sangat berani dan tidak takut untuk mengambil risiko.

Itulah formula yang mahu beliau terapkan di dalam pasukan Manchester United. Tetapi beliau mendapati para pemainnya kerap bergelut dengan keyakinan diri apabila mereka sukar untuk mencipta peluang gol.

Jika perkara ini dapat diperbaiki, Ole yakin Manchester United akan bermain pada prestasi mereka yang sebenar.

“Jika anda melihat pasukan-pasukan yang terbaik di dunia, mereka lebih berani mengambil risiko, lebih banyak berlari.”

“Dan mungkin apabila para pemain mulai hilang keyakinan, kesannya mereka mulai cuba mengambil pendekatan bermain dengan selamat. jika ini berlaku maka tanggungjawab saya adalah memberitahu mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu sebenarnya tidak selamat.”

“Sudah tentu, apabila anda kehilangan majoriti daripada kreativiti di serangan, anda mulai bergelut untuk mencipta banyak peluang seperti yang anda harapkan, anda tidak mampu nak mendapatkan gol pembukaaan.”

“Tekanan yang tinggi itu sangat baik, termasuk sikap dan keinginan. Namun kami tidak mencipta peluang sebaiknya.”

“Kadang-kadang itulah keyakinan. Ia adalah sifat manusia. Anda mengatakan pemain terlepas peluang yang mereka biasanya sempurnakan. Segalanya terpulang kepada kami untuk memastikan bola itu masuk.”

Manchester United perlu menang ke atas Liverpool dalam usaha mereka mengelak daripada terjerumus ke zon penyingkiran.

Sumber: talkSPORT

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.