Bintang Atletico Madrid Saul Niguez telah menolak faktor Anfield yang menjadi sanjungan penyokong Liverpool di seluruh dunia, sebagai tempat paling sukar untuk dilawati.
Ini selepas Atletico merembat keluar Liverpool dengan mudah di Anfield. Jurgen Klopp selepas tamat aksi pertama di Sepanyol dengan yakinnya merasakan Atletico akan menerima nasib serupa Barcelona ketika berkunjung ke Anfield.
Selepas menang 1-0 di Wanda Metropolitano, Atletico, bimbingan Diego Simeone kemudian menamatkan riwayat juara bertahan dengan kemenangan bergaya 3-2 pada masa tambahan di Anfield.
Kesilapan Adrian menjadi punca kebangkitan utama Atletico walaupun pasukan tuan rumah sudah 2-0 di hadapan.
Bercakap kepada laman rasmi Atletico, Saul mengklaim Anfield bukan tempat yang paling sukar baginya dalam karier bola sepaknya. Malah Saul menyatakan pada musim 2015/16, beliau merasakan pengalaman lebih sukar di Munich.
Saul sampai satu ketika merasakan mereka tak akan dapat keluar hidup hidup dari tempat tersebut.
Saul berkata: “Anfield satu perlawanan sangat sukar. Kita semua dah tahu dah tu. Namun perlawanan paling sukar dan menderita saya hadap dalam karier, di mana saya akan kata, betapa teruknya kita masa tu, adalah di Munich.”
“Memang itu satu pengalaman yang sangat sukar gila. Saya berkata dalam hati, kita tak akan keluar dari tempat ini dalam keadaan bernyawa.”
Dua pemain simpanan Atletico, Marcos Llorente dan Alvaro Morata masing masing mencipta sejarah pada malam itu. Semangat berpasukan dan perbezaan daripada pemain gantian menjadi punca kemenangan mereka.
Saul tidak setuju ada pihak yang melabel kemenangan mereka di Anfield atas faktor nasib. Siapalah yang berani berani cakap begitu kepada Atletico. Mesti mereka yang sakit hati kerana terciduk kan?
Saul menegaskan: “Ketika di Anfield, saya ada keyakinan kepada pasukan. Saya berkata, kami ada peluang masa tu.”
“Impak daripada pemain simpanan sangat besar kepada seluruh pasukan, kerana pemain pemain di atas padang gagal memberikan perbezaan.”
And it's not that famous night at Anfield 😲
— Goal News (@GoalNews) May 13, 2020
“Apabila mereka dari bangku simpanan masuk. Mereka berjaya memberikan impak. Ini adalah satu pengajaran untuk mendahulukan pasukan lebih daripada individu.”
“Dan kami bukan menang kerana bernasib baik.”
Liverpool gagal mempertahankan Liga Juara Juara Eropah yang mereka menangi pada musim lalu, dan terpaksa akur bahawa, Atletico lebih hebat daripada mereka dalam saingan Eropah musim ini.
Musim lalu, Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah selepas menewaskan Tottenham Hotspur di dalam final yang berlansung di stadium milik Atletico Madrid iaitu Wanda Metropolitano.