Jurulatih terkemuka tanah air, B. Sathianathan menyeru agar penyokong Selangor lebih ramai turun ke stadium dan membantu pasukan dengan memberikan sorakan sokongan dan semangat.
Sathianathan, yang terkenal dengan kepakaran beliau dalam merencana taktikal, menyatakan beliau agak resah dengan kedudukan semasa pasukan Selangor selepas tewas 0-1 dalam aksi menentang Perak di Ipoh, dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2019.
B. Sathianathan percaya, kekalahan itu bukan penamat kepada perjuangan Selangor. Ini kerana mereka masih ada 90 minit lagi untuk mengejar defisit 1 gol itu di Shah Alam pada 29 September ini.
Jadi, amatlah penting untuk peminat turun beramai-ramai ke Stadium Shah Alam bagi menaikkan lagi semangat para pemain Selangor
Sathianathan kecewa kelompok penyokong Selangor yang suka mengkritik di Facebook, padahal mereka tidak pernah nampak muka di dalam stadium memberikan sokongan kepada pasukan.
Sathianathan berkata: “Penyokong tak kritik tapi yang di Facebook mengkritik. Tak pernah tengok muka mereka pun di stadium.”
“Kalau penyokong betul-betul datang ini akan memberi kelebihan kepada pemain cuma tak ramai yang turun, tapi komen dalam Facebook sampai 225,000.”
“Itu yang saya pening, kadang-kadang orang tak tengok game, dia komen saja, sampai budak umur 12 tahun pun pandai kritik. ”
“Bila saya panggil takut nak angkat telefon pun ada.”
"Penyokong tak kritik tapi yang di Facebook mengkritik. Tak pernah tengok muka mereka pun di stadium"#utusanonlinehttps://t.co/EOxtV4Tf1I
— Utusan Viral (@UMonline) September 23, 2019
Dalam sidang media yang sama, Sathianathan memberikan kemaskini keadaan pasukannya. Di mana beliau menyatakan pasukannya berhadapan dengan beberapa krisis kecederaan, termasuk ketiadaan perancang berbisa, Sandro Da Silva.
Beliau berharap kesemua pemain beliau akan cergas menjelang aksi menentang Perak, di Shah Alam.
Namun Sathianathan berikrar, pasukan Selangor akan tampil dengan aksi berbeza dalam perlawanan timbal balik pada 29 September ini.
Giliran kita pula untuk gegarkan Stadium Shah Alam Ahad ini! ❤💛#RedGiants#KitaAdalahSatu#SelangorPower
📸: @asianadotmy pic.twitter.com/icodGgefpv— FA Selangor (@FASelangorMy) September 23, 2019
“Kelemahan itu tetap ada, dan ianya boleh diperbaiki. Cuma saya minta pasukan kita menjaringkan gol bila bertemu Perak di Shah Alam nanti. ”
Reviu Perlawanan: Perak vs Selangor
“Khairulazhan sekali lagi menjadi penyelamat Selangor apabila….”
Baca reviu penuh perlawanan di: https://t.co/6VlOOTweUU#RedGiants#KitaAdalahSatu
📸: @asianadotmy pic.twitter.com/vnFeWZh5CR— FA Selangor (@FASelangorMy) September 23, 2019
“Saya rasa separuh masa kedua di Ipoh, kami bermain lebih baik berbanding separuh masa pertama dan mencipta beberapa peluang.”
“Saya berharap perkara ini akan dapat diteruskan di Shah Alam dengan adanya penyokong (membanjiri stadium). Saya minta semua penyokong Red Giants untuk turun dan berikan semangat kepada pasukan,” tambah beliau lagi.
Ketua jurulatih pasukan Selangor, B Sathianathan menyeru para penyokong pasukan Selangor (dan juga seluruh warga Selangor secara umumnya) agar turun membanjiri Stadium Shah Alam untuk perlawanan suku akhir yang kedua pada Ahad ini.#PialaMalaysia#PRKSELhttps://t.co/hISPqaGVka
— FOX Sports Malaysia (@FOXSportsMY) September 23, 2019
Selangor merupakan juara Piala Malaysia 33 kali, paling banyak dalam sejarah. Gergasi Merah mengalami revolusi musim ini di bawah pimpinan Raja Muda Selangor.
Banyak sekali perubahan dibuat oleh Selangor pada musim ini. Penyokong Selangor pastinya berharap musim ini mereka menamatkan saingan dengan piala domestik. Dan Piala Malaysia merupakan satu-satunya kempen mereka ada ketika ini selepas gagal memberikan saingan dalam Liga Super dan Piala FA.