Sathianathan Dedahkan Persamaan Cristiano Ronaldo Dengan Khyril Muhymeen

Jurulatih Selangor, B. Sathianathan berpendapat, pemain Selangor, Khyril Muhymeen saling tak tumpah seperti Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman. Beliau merupakan pemain sayap yang sangat prolifik.

Sathianathan menyamakan Khyril dengan Ronaldo selepas kejayaan pemain itu membantu Selangor mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2019.

Khyril Muhymeen menjaringkan 2 gol dalam kemenangan 3-1 pasukan Selangor ke atas Perak di Shah Alam.

Ia sekaligus membolehkan Selangor mara dengan agregate 3-2 meskipun tewas 1-0 dalam aksi pertama.

Khyril Muhymeen juga dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

https://twitter.com/FMonIFLIX/status/1178915480867786752

Sathianathan mendedahkan, beliau sudah menghidu bakat Khyril Muhyemeen sejak pemain itu berusia 18 tahun lagi.

Dan selepas menyaksikan Khyril semakin meningkat naik, Sathianathan akhirnya mendapati pemain itu persis Cristiano Ronaldo.

“Saya percaya dengan bakat pemain. Saya kenal Khyril Muhymeen. Dan saya sentiasa menganggap Khyril Muhymeen macam Cristiano Ronaldo.”

Sathianathan kemudian memberitahu apa persamaan Cristiano Ronaldo dan juga Khyril Muhymeen di mata beliau.

Menurut Sathianathan, kedua-dua pemain memiliki skil yang tinggi serta kepantasan untuk mengatasi lawan.

“Beliau mampu menewaskan lawannya dengan mudah, dengan kepantasan dan kemampuan beliau merobek gol.”

Sathianathan kemudian mengingatkan lawannya, bahawa Khyril Muhymeen masih belum mencapai tahap terbaik.

“Khyril Muhymeen masih bukan dia yang dulu. Dan  beliau sedang menuju ke tahap itu.”

Khyril Muhymeen menyertai Selangor selepas Perlis FA disingkirkan daripada saingan Liga Premier. Ini selepas pasukan tersebut menghadapi masalah kewangan kritikal.

Ketika bersama Selangor, Khyril Muhymeen telah berjaya menjadi nadi penting pasukannya. Lantas, ia ibarat kelahiran semula oleh Khyril Muhymeen dalam kancah bola sepak.

Tugas Selangor seterusnya adalah menentang JDT di separuh akhir.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.