Jurulatih Juventus menyatakan bahawa pengurusan tertinggi Juventus tidak akan mengambil tindakan ke atas Cristiano Ronaldo.
Ini selepas Cristiano Ronaldo menjukkan tiada semangat kesukanan ketika dikeluarkan dalam aksi menentang AC Milan.
Ronaldo bengang dan terus masuk ke terowong. Kedaan lebih buruk apabila Ronaldo telah meninggalkan stadium sebelum perlawanan tamat.
Ronaldo digantikan dengan Paulo Dybala. Tidak lama selepas dimasukkan, Paulo Dybala menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya.
Juventus menang 1-0 ke atas AC Milan dan kembali ke puncak liga mengatasi Inter Milan.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Ronaldo dikeluarkan. Musim ini beliau sudah menyamaai rekod satu musim lalu, untuk jumlah ditukarkan keluar.
Cristiano Ronaldo has now been substituted as many times this season (2) as he was throughout the entire 2018/19 campaign.
Back-to-back withdrawals by Maurizio Sarri. 🤷♂️ pic.twitter.com/buA3aK5iBm
— Squawka Football (@Squawka) November 10, 2019
Namun pengendali dari Itali, dan juga bekas pengurus Chelsea itu menyatakan isu Ronaldo itu bukan masalah untuk pasukan buat masa ini.
Beliau juga menepis dakwaan bahawa tindakan Ronaldo tiada semangat kesukanan dan tidak menghormati rakan sepasukan.
Sarri berkata: “Jika benar, Ronaldo pergi meninggalkan stadium sebelum perlawanan tamat, itu masalah yang hanya akan diselesaikan oleh beliau dengan rakan sepasukannya.”
Sarri kemudian menyatakan Ronaldo tidak akan diambil tindakan. Ini kerana ianya tidak perlu.
Malah Sarri memuji Ronaldo yang mahu terus bermain walaupun tidak cergas sepenuhunya.
“Kita harus berterima kasih kepada beliau kerana mahu bermain walaupun tidak berada dalam keadaan cergas optimum.”
“Bulan lepas beliau ada mengalami kesakitan di lututnya dan ini adalah masalah kecil untuk beliau.”
Ketika aksi menentang Lokomotiv Moscow, Ronaldo dan Sarri dilihat saling bertikam lidah kerana pemain itu tak puas hati dikeluarkan.
Ronaldo mempertikaikan kenapa beliau dikeluarkan?
Sarri selepas tamat perlawanan menyatakan beliau tidak mahu Ronaldo mengalami kecederaan. Sebab ada beberapa ketika beliau melihat cara Ronaldo bergerak seolah olah beliau ada kesakitan.
Namun Sarri menganggap itu normal untuk pemain seperti Ronaldo marah apabila dikeluarkan.
“Isu paling penting, beliau mahu bermain. Jika dia marah kerana dikeluarkan, benda ni biasa dalam bola sepak, di mana pemain rasa kecewa apabila dikeluarkan selepas bekerja keras di atas padang.”
Sarri:
“We must thank Ronaldo, because he made a sacrifice to be there at all tonight in a difficult situation. He did everything possible to play, but I saw he was not well and thought it best to take him off."pic.twitter.com/88eCax8ruN
— TeamCRonaldo (@TeamCRonaldo) November 10, 2019
“Para pemain kami yang lain juga sentiasa cuba memberikan yang terbaik. Mereka juga selalunya mengambil masa sehingga 5 minit, terasa sedih apabila dikeluarkan.”
“Jurulatih akan lagi pelik jika pemain seperti Ronaldo tak kecewa apabila dikeluarkan.”